Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Sabah, JANS kaji bina loji baharu atasi masalah air

ASYIKIN ASMIN | 2022-12-14 16:05:00 | www.sinarharian.com.my

Shahelmey (tengah) ketika hadir pada mesyuarat bersama JANS di Pejabat Daerah Putatan, di Putatan.

Shahelmey (tengah) ketika hadir pada mesyuarat bersama JANS di Pejabat Daerah Putatan, di Putatan.

PUTATAN – Kerajaan Sabah dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sedang mengkaji kebolehlaksanaan pembinaan sebuah Loji Rawatan Air (LRA) dan empangan baharu bagi mengatasi masalah bekalan air bersih yang dihadapi penduduk di Putatan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, permintaan bekalan air di daerah ini telah melebihi kapasiti pengeluaran air terawat dari loji yang menghasilkan bekalan air sehingga menyebabkan catuan terpaksa dilakukan.

Katanya, pada ketika ini Putatan hanya menerima bekalan air daripada LRA Moyog dan LRA Kasigui namun jumlah kependudukan yang tinggi menyebabkan ia sukar menampung keperluan semasa penduduk.

“Saya ada dimaklumkan sekarang kita mempunyai kapasiti reka bentuk bagi loji Moyog dan Kasigui adalah sebanyak 215 juta liter per hari dan pengeluaran semasa adalah sebanyak 238 juta, jadi ia sudah melebihi daripada kapasiti yang ada.

“Disebabkan permintaan yang melebihi jumlah bekalan air, maka kaedah jangka pendek yang telah dijalankan oleh pihak JANS adalah dengan melakukan catuan bekalan air.

“Solusi untuk jangka panjang pula, pihak jabatan air dan juga kerajaan Sabah telah mempunyai rancangan untuk membina LRA dan juga empangan yang akan diputuskan dalam tempoh masa terdekat nanti dan kajian kebolehlaksanaan sedang dibuat di mana keputusan muktamad akan diputuskan Kabinet Sabah,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat bersama JANS di Pejabat Daerah Putatan, di sini, pada Rabu.

Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah turut menjelaskan bahawa catuan terpaksa dilakukan bagi memastikan kawasan yang mengalami tekanan air rendah dapat dibekalkan.

“Oleh itu, saya nasihatkan penduduk di Putatan supaya peka terhadap notis catuan bekalan air dan menyediakan tangki ataupun tempat simpanan air di rumah masing-masing bagi memastikan bekalan air mencukupi.

“Catuan ini akan berterusan sehingga keadaan mengizinkan, ertinya kita berdasarkan pertumbuhan penduduk yang sudah melebihi kapasiti pengeluaran jadi kita memerlukan loji baharu dibuat untuk menambah kapasiti yang sedia ada sekarang,” ujarnya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!