Category Archives: Noraida
Istimewanya Lemuni Hitam


Lemuni hitam ditanam kerana pelbagai khasiat perubatannya. Dikenali dengan nama-nama lain seperti dangla, lagundi, lipuk, tigau, three leaves chaste Tree, Indian Privet, Indian Wild-Pepper. Lemuni ialah tumbuhan dari jenis renek yang boleh mencapai ketinggian 1 hingga 4 meter. Satu tanggai daun memegang 3 daunnya, dengannya daunnya berkilat di bahagian atas.
Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin. Akarnya boleh direbus dan diminum bagi perempuan lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara memanaskan daunnya di dalam periuk yang panas tanpa dicampuri air. daun yang panas ini kemudiannya ditekapkan pada luka tadi. Lakukannya dua hingga 3 kali sehari. Daunnya juga boleh digunakan untuk merawat penyakit beri beri, rheumatik dan cirit birit dan juga boleh digunakan sebagai antiseptik. Di Malaysia daunnya yang telah ditumbuk bersama bawang butih, lada hitam, kunyit dan nasi, kemudian digentel kecil-kecil digunakan selalunya untuk merawat sakit kepala, mata berair dan juga untuk menggalakkan pertumbuhan janggut.
Ia juga digunakan untuk merawat kanser payudara. Selain itu daunnya yang dimasukkan kedalam sarung kain boleh juga dijadikan bantal untuk mengubat sakit kepala. Daunnya juga dapat membunuh jentik-jentik dan boleh digunakan sebagai ubat nyamuk (nyamuk aedes).
Daun ini juga dikenali sebagai daun yang dapat meningkatkan tenaga batin lelaki jika dimakan secara tetap setiap hari (lebih kurang 3 helai daun/pucuk)Kegunaan lemuni hitam yang diketahu ramai ialah dijadikan bahan utama campuran ketika memasak nasi lemuni. Daunnya mempunyai aroma tersendiri dan rasa sedikit pedas (seperti lada hitam)Sumber artikel dari https://melur.com
Rawatan Menggunakan Kaedah Perubatan Islam
Pengenalan
Istilah perubatan Islam sekarang amat kerap digunakan. Masalahnya tidak semua perubatan Islam itu selari dengan syariat Islam itu sendiri. Malah yang lebih buruk ialah apabila pengamal perubatan Islam palsu itu lebih menjurus ke arah perbuatan syirik. Oleh itu amat penting bagi kita untuk memahami erti sebenar Perubatan Islam agar kita tidak terlibat dengan perbuatan syirik. Diantara perkara yang boleh membawa pengamal perubatan Islam palsu & pesakit menghampiri perbuatan syirik ialah apabila mereka meminta bantuan jin. Perubatan Islam yang sebenar perlu selari dengan syariat Islam dan bersumberkan kepada sunnah Rasulullah. Selain daripada itu amalan para sahabat serta amalan para salafus shalih dari golongan salaf & kalaf juga boleh dijadikan rujukan.
Kaedah Perubatan Islam
Selain penggunaan ayat-ayat al-Quran terdapat beberapa kaedah yang tambahan yang digunakan bersama dengan ayat-ayat Al-Quran. Diantaranya meminum air yang telah dibacakan doa, sapuan, mandi, merenjis air yang telah dibacakan doa, menepuk pesakit, menghembus dan beberapa kaedah lain yang tidak memudaratkan pesakit.
Penggunaan herba juga sebenarnya adalah tidak asing di dalam perubatan Islam. Di antara tumbuhan herba yang digunakan ialah daun bidara, habbatus sauda, saffron, serai, limau purut, minyak ecalyptus, minyak kelapa dara, minyak halia, ekstrak pudina, kurma ajwa dan halia bara. Manakala air zam-zam, air kolah masjid, garam kasar dan bekam hijamah adalah diantara bahan-bahan bukan herba yang juga boleh digunakan. Sesetengah daripada penggunaan herba ini adalah bersumberkan sunnah manakala selebihnya daripada pengalaman peruqyah-peruqyah. Sekali lagi saya ingatkan, penggunaan bahan-bahan ini adalah sebagai alat semata-mata. Kesembuhan itu milik mutlak Allah SWT.
Saya ada membuat sedikit kajian tentang amalan ini melalui statistik carian di internet. Saya dapati kata kunci seperti “jin islam”, “ilmu khodam”, “cara melihat makhluk halus”, “cara melihat jin”, “kemenyan jin”, “cara memanggil jin”, “cara memanggil jin kekayaan”, “mantra memanggil jin”, “cara melihat jin pendamping”, “cara melihat jin mudah”, “doa melihat makhluk halus”, “cara melihat jin islam”, “cara panggil jin” dan banyak lagi mempunyai jumlah carian yang agak tinggi. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa minat serta rasa ingin tahu orang Melayu tentang amalan berdamping dengan jin tinggi.
Sewaktu menghadiri kursus Perubatan Islam Darul Abrar yang lalu saya diperkenalkan dengan istilah “Uskun” atau Ustaz Dukun. Uskun adalah individu yang mengamalkan perubatan Islam yang diragui dan tidak selari dengan syariat Islam.
Saya bukanlah orang yang pakar tentang Perubatan Islam. Tetapi saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang saya ambil dari pengalaman pribadi dan kursus yang dihadiri dengan harapan dapat mengelakkan kita semua dari perbuatan syirik. Ingatlah balasan syirik ialah duduk diam di dalam neraka selama-lamanya.
Cara nak kenal Perubatan Islam yang diragui
- Apabila pesakit diminta memberikan nama ibu
- Apabila pesakit diminta untuk memberikan barang seperti baju atau barang yang pernah bersentuhan dengan pesakit seperti sikat rambut dan sebagainya.
- Apabila pesakit atau keluarga diminta melakukan perbuatan pelik seperti menyembelih haiwan (ayam/kambing) hitam atau memakai azimat.
- Apabila pesakit diminta memberikan darah haid.
- Apabila pesakit tau keluarga dikenakan bayaran yang tinggi dan melampau. Kebiasaannya peruqyah tidak menetapkan bayaran dan jumlah bayaran bergantung kepada pesakit. Sekiranya ada yang menetapkan bayaran, jumlahnya tidak melampau.
- Bacaan jampi yang tidak dikenali. Jika menggunakan ayat Al-Quran pun hanya pada permulaan dan ditengah atau penghujungnya tidak boleh didengari atau menggunakan jampi selain ayat Al-Quran.
- Menggunakan simbol-simbol atau tulisan yang tidak dikenali yang bukan dari Al-Quran atau hadits.
- Perawat mengaku boleh melihat alam ghaib atau meramal masa depan.
- Perawat memberitahu pesakit tentang maklumat peribadi pesakit atau sejarah pesakit melalui cara ghaib.
Nota: Ini bukan senarai penuh tetapi boleh dijadikan asas untuk mengenalpasti perubatan Islam palsu.
Anda mungkin akan berhadapan dengan individu yang mengaku menggunakan khidmat jin Islam atau jin mukmin. Mereka akan memberikan hujah yang kononnya kaedah ini dibenarkan dalam Islam. Dalam Islam perbuatan ini adalah salah dan haram. Walau apa jua pun alasan yang diberikan, ingatlah bahawa dalam Islam tujuan atau matlamat sesekali tidak menghalalkan cara. Sentiasa berdoalah kepada Allah agar dilindungi daripada terlibat dengan perbuatan ini.
Ayat-ayat Ruqyah
Ayat-ayat ruqyah adalah himpunan ayat-ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan perubatan. Amalan ini bersumberkan daripada Rasulullah SAW sendiri. Ianya dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin sebagai satu cara untuk merawat. Perlu diingatkan bahawa Allah yang berkuasa untuk menyembuhkan penyakit dan bukannya ayat-ayat suci ini. Ayat-ayat Al-Quran ini boleh digunakan untuk merawat diri sendiri atau orang lain (seorang atau jemaah).
Sekiranya anda hendak merawat orang lain, lakukan yang berikut. Letakkan pesakit duduk dalam keadaan melunjurkan kaki ke arah kiblat. Letakkan kedua belah tangan diatas riba dalam keadaan tapak tangan ke atas. Pesakit juga dikehendaki menutup mata dan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran tanpa berkata-kata. Niatkan di dalam hati (peruqyah & pesakit) memohon bantuan daripada Allah semata-mata.
Berikut adalah ayat-ayat Al-Quran yang digunakan pada asasnya.:
1) Al-Fatihah
2) Al-Baqarah 1-5
3) Al-Baqarah 102
4) Al-Baqarah 163-164
5) Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6) Al-Baqarah 285-286
7) Ali-Imran 18-19
8) Al-‘Araf 54-56
9) Al-‘Araf 117-122
10) Yunus 81-82
11) Toha 69
12) Al-Mukminun 115-118
13) As-Soffaat 1-10
14) Al-Ahqaaf 29-32
15) Ar-Rahman 33-36
16) Al-Hasyr 21-24
17) Al-Jin 1-9
18) Al-Ikhlas
19) Al-Falaq
20) An-Naas
Kemudian perhatikan keadaan pesakit sepanjang anda membaca ayat-ayat di atas.Sekiranya terdapat simptom-simptom berikut, terdapat kemungkinan pesakit mempunyai masalah gangguan jin atau sihir. Sekiranya anda pernah melihat bagaimana proses rawatan ruqyah dilakukan, anda boleh meneruskannya dengan sendiri. Sekiranya tidak, maka langkah berikutnya ialah membawa pesakit tersebut berjumpa peruqyah untuk rawatan lanjut. Saya ada letakkan senarai no telefon individu yang masih aktif meruqyah mengikut kawasan dibawah.
Simptom-simptom gangguan
1) Degupan jantung semakin kencang
2) Badan bergegar
3) Terasa ada benda yang bergerak-gerak di bawah kulit
4) Menguap atau mengantuk
5) Batuk
6) Gelisah
7) Panas di tengkuk
8) Bagi kes yang berat, pesakit boleh menjerit
Senarai Nama Individu Yang masih Aktif Bertazkiyah dan Meruqyah. Anda Boleh Menghubungi Mereka Untuk Mendapatkan Bantuan. Saya Akan Cuba Sentiasa Mengemaskini Senarai Ini.
Area:
KOTA KINABALU
TG Ust. Rafihi – [KK & KB]+60138644717
Ust. Razali – [UMS] 0135430833
Pn. Rosmah / Dr Kawi – [Kingfisher & KK] 0195336483
Ust. Arbaen – [KK & Luyang] 0192468484
Cikgu Allysham – [Tuaran] +60168463476
Azhar – [UMS & Sepanggar] +60178364604
Syafiq – [Kingfisher, UMS, Sepanggar] 0143505639
Izzwan – [Sepanggar KK] +601126672203
Ust. Rozaimi – [putatan/ membakut] 01131438768
RANAU
Jupirin – +60198957676
KENINGAU/TAMBUNAN
Zulhaqqi – 0134593798
Mustaffa – 0145619757
Ust. Haziq – +60129601921
Ir Samin – +60146553084
Ust. Mohd Redzuan – [Sook] +60198085040
Ust. Satimin/Hasyim – +6 01125325675
man Juslin – +6017890098
Jihat – +60138632907
Mohd John- [kg. bayangan & Sulaman K.K] 0195317550
Sajari Saldi – [Tambunan] 01131443195
Nasledzul – [apin-apin] 0138713347
KUALA PENYU
Mohd Redzuan Basir
0198085040 / 0148542475
SANDAKAN
Ust. Syam – 0124448896
Mohamad Fikri bin Manuar – 014-6452937
Ust. Mohd Tarmizi Ibn Abu – +60138797719
SARAWAK
Aditya Al Muhajirry – [Sibu & kuching] +60109333426
Ust. Awangku Norizam bin Pengiran Abdul Rahman
Lokasi : Sibu,
No.WhatsApp : 01116076131
No.Talian : 0148888977
Abdul Al-Hafiq – [Matu & Daro] 0198473839
Abbas Jalaluddin – [Sibu] 0138474690
LAHAD DATU
ust. fahmy – 0198960968
ust. zaidin – 01131450605
Datu nazriegh – 0138887017
Mohammad azeri-0138999511
TAWAU
Mohammad judir tawau – 0108812623
Ust. roqib – 0195360706
SEMPORNA
Salleh Ahadi – 0195893862
KELANTAN & TERENGGANU
Pasir Puteh:
017 935 3501 – Ust Zaim
014-800 7094 -Us Mazlan
019-966 1023 -Us Amizan
016-369 8815 – Us Karimi
014-519 7520 – Us Ikram
Bachok –
014 500 2007(Us Fadli)
Setiu –
017 957 1372 ( Us Azmi)
013-724 7447 – Sd.Rusdi
Hulu Besut:
013 923 8140 – ust Basem
013-939 8335 -Us Imam Zul
Marang/Dungun:
019-904 1244 – Us Azam
Kemaman:
013-964 1734 – Cikgu Zul
019 868 0739 – Ust Anuar
KUALA LUMPUR
011-1478 1450-(Us Ridwan)
PENANG
012-908 7939 – Us syahmi
JOHOR
013-309 1410 – Ust Irwan
Sirih Merah Indonesia
Piper ornatum
Nama lain Celebes pepper. Berasal dari Indonesia. Digunakan dalam perubatan alternatif untuk merawat pelbagai penyakit seperti sakit gigi, antioksidan dan menjadi antiseptik.
Pembelian:
Katalog Melur.Com https://www.melur.com/pro…/anak-pokok-sirih-merah-indonesia/
LAZADA: https://www.lazada.com.my/-i581386059-s1164426223.html…
SHOPEE : https://shopee.com.my/product/52372233/2824221311/


Tepus Batik
Alpinia zerumbet variegata
Nama lain halia cengkerang, Shell ginger,pink porcelain lily, variegated ginger, butterfly ginger. Tumbuhan asal kawasan tropika . Dipanggil halia cengkerang kerana bentuk bunganya yang menyerupai cengkerang. Bunganya berwarna merah jambu dan berbau wangi.
Pokoknya jenis berumpun dan mempunyai isi (halia). Sesuai ditanam di kawasan tanah yang berkelembapan tinggi,Sesuai juga dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana corak daunnya yang cantik.Jarang mengeluarkan bunga pada tahun pertama di tanam . selepas setahun bunganya yang berwarna merah jambu akan mula terhasil.
Tumbuhan ini membiak melalui rizom dan biji benih.Daunnya digunakan untuk membalut sejenis makanan tradisional cina yang dipanggil zongzi. Dijepun pula ia dikenali dengan nama getto atau sannin (okinawan) . Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh herba, digunakan sebagai perisa dalam masakan mee, juga dijadikan pembalut mochi dari nasi.
Lakum Air
Mexican primrose
(Lakum air)
Sejenis tumbuhan dari jenis primrose (A species of primrose willow)
Other name Long-fruited primrose willow
Botanical name : Ludwigia octovalvis
Tumbuhan ini saya jumpa tumbuh liar di kawasan tepi parit yang agak berair. Tertarik dengan warna yang kuning menyerlah dan kelopak bunganya yang unik saya telah cuba mengenalpasti tumbuhan ini. Pada mulanya saya menyangka ini adalah sejenis inai air atau inai pasir (Ludwigia hyssopifolia), tetapi pemerhatian saya mendapati batangnya separa berkayu dan pokoknya jauh lebih tinggi daripada inai air atau inai pasir. dari struktur berkayu pada batangnya saya percaya ianya bukan tumbuhan semusim seperti Ludwigia hyssopifolia walaupun ianya dari genus yang sama. Daunnya mempunyai bulu-bulu halus pada permukaan , manakala daun inai pasir/air pula mempunyai permukaan yang licin.
Nama melayu bagi tumbuhan ini ialah lakum air, atau kadang2 dikenali dengan nama naleh (nama yang hampir sama dengan nama panggilan untuk inai pasir , jinaleh).
Nota: sesiapa yang mengetahui khasiat perubatan , kegunaan atau nama lain pokok ini dialu-alukan memberikan komen.
Bunga Santalia atau Sedap malam
Santalia merupakan sejenis bunga berbau wangi dari keluarga Solanaceae. Nama lain bagi bunga ini ialah sedap malam, night-blooming jessamine, night-blooming jasmine, night-blooming cestrum , raatrani . Ia merupakan tumbuhan yang berasal dari India Barat Tetapi kini telah beradaptasi dengan jayanya sebagai tumbuhan tempata di kawasan Asia Tenggara. Santalia merupakan sejenis tumbuhan pendek, dengan batang berkayu yang kecil dan panjang. Jika tidak dipangkas pokok ini memerlukan sokongan untuk berdiri kerana batangnya yang kecil. Saiz matang pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter. Jika ditanam didalam pasu iala hendaklah selalu dipangkas untuk mengekalkan kerimbunan dan saiznya.
Bunganya berwarna putih kekuningan, kecil dan berada dalam satu tangkai yang membentuk jambak. Bau yang sangat wangi disebarkan ke persekitaran terutamanya pada waktu malam. Ia banyak dijadikan tumbuhan hiasan deperkarangan rumah kerana baunya yang wangi dan bunganya yang banyak. Santialia boleh dibiakkan dengan keratan batang dan biji benih.
Beli di Lazada:
https://www.lazada.com.my/…/cestrum-nocturnum-sapling-anak-…
Cincau Hitam – Panduan penanaman ladang
(Disediakan oleh Noraida Arifin untuk https://melur.com)
Nama Botani: Mesona palustris / Mesona chinensis sinonim Platostoma palustre
keluarga: Lamiaceae (keluarga pudina/ mint)
Kawasan Penanaman
Kawasan paling sesuai ialah pada ketinggian 1500 meter dari paras laut. Pada ketinggian ini saiz pokok boleh mencapai ketinggian maksima 1.5 meter. Pada kawasan tanah rendah disarankan menanam dibawah teduhan net.
Tidak sesuai menanam tanaman lain disekelilingnya kerana perebutan nutrisi akan menyebabkan cincau hitam menjadi tidak subur (kalah dengan tanaman lain dalam perebutan nutrisi).
Penyediaan Ladang
1. Bersihkan kawasan penanaman dari rumpai. pastikan rumpai dibuang hingga akarnya.
2. Bajak nipis tapak penanaman
3. Sediakan lubang dengan jarang 50 x 50 cm
4. letak baja organik sebagai dasar di dalam lubang penanaman.
5. Tanam benih cincau hitam yang telah di semai. Jika gunakan keratan batang pastikan keratan ini dari batang pokok induk yang telah tua untuk memastikam ketahanannya sehingga akarnya tumbuh.
7. Pastikan air mencukupi di peringkat pertumbuhannya
paling sesuai ditanam ketika permulaan musim hujan
Pembajaan
1. Selepas 1 bulan ditanam berikan baja yang mempunyai nisbah N:P 2:1. Lebih kurang 1/2 sudu makan untuk setiap lubang tanaman. Jarakkan lebih kuran 15 cm dari batang pokok
2. Pada bulan kedua berikan baja yang sama dengan jumlah yang samaa.
3. Bersihkan rumpai disekeliling tanaman supaya pertumbuhannya tidak terganggu.
4. Jika tanaman terkena penyakit buruk batang(selalunya pada umur 10-20 hari), semburan anti kulat diperlukan
5. Antara serangan makhluk perosak yang lain ialah hama , bena dan tikus
Tempoh penuaian
1. Tempoh Penuaian pertama , 4-6 bulan dari masa menanam di ladang( setelah bunganya mula keluar)
2. Satu hektar tanaman dapat menghasilkan 7.5-9 tan cincau basah (1.5 tan cincau kering).
3. Cara tuaian dengan memotong bukan mencabut. Boleh dituai lagi setelah 3 bulan dipotong proses boleh di ulang sehingga tanaman berusia 2 tahun. Setelah itu penanaman semula boleh dilakukan untuk menjamin kualiti daunnya.
Proses pembuatan cincau hitam:
Daun dan batang cincau hitam yang kering direbus sehingga mengeluarkan warna hitam yang pekat. Tapis dan buang hampasnya. Masukkan tepung ubi kayu atau tepung jagung dan terus kacau hingga campuran tidak bergentel-gentel lagi. Kacau lagi hingga berkilat dan disejukkan sebelum dipotong untuk dicampur dalam minuman.
Resepi Dengan Daun Basil
Resepi Menggunakan Daun Basil
Pasti kita pernah terdengar resepi masakan Thai yang popular iaitu pad kra pao. Holy basil dalam bahasa Thai dikenali dengan nama kra pao. Masakan ayam yang menggunakan daun selasih ini di namakan gai pad kra pao yang bermaksud ayam goreng selasih.
Resepi Pad kra pao gai
Bahan-bahan: Bahagian ayam yang tidak bertulang ( dada) atau isi ayam. Lebih kurang 200 g 5 ulas bawang putih 4 hingga 10 biji cili merah yang tidak pedas sangat 1 sudu makan minyak untuk menggoreng 1 sudu teh sos tiram 1/2 sudu teh kicap cair Sedikit kicap manis. 1/2 sudu teh gula Segenggam daun selasih ( holy basil). tiada dirumah? beli disini: <www.melur.com/product/anak-benih-holy-basil/> www.melur.com/product/anak-benih-holy-basil/
Cara membuatnya. potong ayam secara potongan dadu . tumbuk kasar bawang putih dan cili ( tumbuk lebih asli sebab kalau kisar akan berair) Buang batang selasih dan ambil daunnya sahaja. dapatkan lebih kurang segenggam panaskan kuali , masukkan minyak, bila minyak cukup panas tumis cli dan bawang putih yang di tumbuk tadi. Tumis hingga naik bau (lebih kurang 20 saat) Masukkan ayam, goreng dan kacau hingga masak. lebih kurang 2 hingga 3 minit bergantung pada besar atau kecil potongan ayam. kalau agak kering , masukkan sedikit air tambahkan sos tiram, kicap cair, gula dan kicap manis. Terus kacau selama lebih kurang 30 saat Masukkan segenggam daun selasih, dan tutup api. teruskan kacau.
Sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan telur dadar atau telur mata. Senangkan….
Nak beli pokok holy basil , klik sini.
Khasiat Pokok Pepijat
Beli pokok pepijat di : www.melur.com/product/pokok-pepijat/
Nama Botani : Elettariopsis curtisii
Nama tempatan: Pokok pepijat
Nama lain: Pijat-pijat, Kesing, cemomok (pahang)
Keluarga : Zingiberacea
Pokok pepijat merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga halia. ia merupakan tumbuhan semulajadi yang terdapat dinegara kita. Taburan pertumbuhannya meliputi kawasan Thailand, Malaysia, Borneo. Pepijat hidup subur di kawasan yang udaranya lembab, tanah yang lembab dan mendapat naungan yang sepenuhnya dari tumbuhan lain. Daunnya seakan-akan daun kunyit. Ia mempunya rizom dan daun yang berbau kuat seakan-akan bau serangga pepijat. Bunganya berwarna putih.
Bau pijatnya akan bertukar menjadi satu aroma yang amat menyelerakan bila dimasak. Aromanya lagi bangkit apabila daun yang kering digunakan dalam masakan. Antara jenis masakan yang menggunakan daun pepijat ialah masak lemak cili api ayam dan ikan sungai dan gulai asam rong. Kepada sesiapa yang gemar mencuba, boleh juga cuba buat sambal pijat. sambal ini amat popular di daerah Jeli, kuala krai dan Gua Musang di kelantan.
Pendek kata kalau kenduri kendara di sana memang tidak sah kalau tidak dihidangkan sambal pijat. sambal pijat menggunakan ramuan seperti cili api, isi ikan yang direbus (kadang-kadang tidak dimasukkan), isi (rizom) pepijat. Bahan-bahan ini ditumbuk menjadi sambal. Aromanya, kena cuba kerana selerea kita berbeza.
Kegunaan perubatan
Daunnya dijadikan pembalut tungku untuk rawatan selepas bersalin. Juga dijadikan campuran dalam air mandian selepas bersalin dan semasa dalam pantang(mandi tersak). Fungsinya untuk membuang angin dalam badan. Kajian saintifik sedang dijalankan untuk mengkaji potensi minyak pati daun dan akarnya untuk menjadi agen anti bakteria.
Apa-apa Pm je: www.facebook.com/messages/t/melurdotcom
Sumber artikel : www.melur.com
Paku Engkeruak
Terima kasih kepada Linn Nicole Ragai Lang yang telah bantu saya mengenal pasti paku misteri yang tumbuh dalam pasu saya , benih dari selori tanah bukit yang saya beli untuk menyemai di nurseri.
Nama tempatan : Paku Engkeruak
Nama Botani : Ceratopteris thalictroides (L.) Brongn.
Keluarga : Pteridaceae
“The only record of Ceratopteris thalictroides being eaten in Africa is from Madagascar, where it is used in a similar way as watercress. It is commonly eaten throughout South-East Asia. In Malaysia and Japan it is an established luxury vegetable. The young leaves, before they have uncurled, make excellent greens and when cooked or blanched they can be eaten as a salad.
The plants can be used as a green manure in rice fields. Medicinally, this fern (both leaf and root) is used in Malaysia and the Philippines as a poultice against skin complaints, e.g. as a drawing agent on carbuncles, in China as a styptic to stop bleeding. Ceratopteris species, including Ceratopteris thalictroides, are grown as ornamentals in aquariums, popularly called ‘water sprite’. Ceratopteris thalictroides and especially also Ceratopteris richardii Brongn. serve as model plants in developmental biology and molecular research. They are useful for research because they have independent haploid and diploid life phases, a short life cycle, a simple genetic system, and reproduce by single-celled haploid spores.”
www.prota4u.org/database/protav8.asp..