fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Privacy Policy

Pengenalan

  • Ini adalah polisi privasi data peribadi (“Polisi”) MelurDotCom Trading (“kami”, atau “kita”).
  • Polisi ini berkaitan dengan maklumat peribadi mengenai individu-individu (pelanggan-pelanggan, vendor-vendor, pengedar-pengedar, pembekal-pembekal, penyedia-penyedia perkhidmatan, rakan-rakan niaga, pengguna aplikasi) yang dipegang oleh kami. Kami hanya akan memproses Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, peraturan-peraturan, garis panduan-garis panduan, perintah-perintah yang diluluskan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana pindaan statutori atau pengubalan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dari masa ke masa (disebut secara kolektif sebagai “PDPA”) dan juga Polisi ini.
  • PDPA memerlukan kami untuk memaklumkan kepada anda akan hak anda mengenai Data Peribadi anda yang sedang diproses atau akan dikumpul dan diproses selanjutnya oleh kami dan tujuan pemprosesan data. PDPA juga memerlukan kami mendapatkan izin anda untuk memproses Data Peribadi anda. Dengan mengambil kira PDPA, kami komited dalam melindungi dan menjaga kepentingan Data Peribadi anda.
  • Dengan menyediakan Data Peribadi anda kepada kami dan/atau berterusan mengakses ke laman web kami (“Laman”),anda mengisytihar anda telah membaca dan memahami Polisi ini dan bersetuju untuk kami memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang ditetapkan oleh Polisi ini.
  • Kami berhak mengubahsuai, mengemaskini atau meminda Polisi dari masa ke masa dengan notis yang munasabah kepada anda terlebih dahulu. Kami akan memberitahu anda mengenai mana-mana pindaan melalui pengumuman di Laman atau dengan lain-lain cara yang sesuai. Sila semak Laman dari masa ke masa untuk mengetahui jika terdapat pindaan mengenai Polisi ini. Mana-mana pindaan pada Polisi ini akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis disampaikan kepada anda. Dengan terus mengguna perkhidmatan dan/atau akses di Laman selepas diberitahu akan mana-mana pindaan pada Polisi ini, anda akan dianggap telah bersetuju dan menerima pindaan tersebut.
  • Jika anda tidak bersetuju mengenai Polisi ini atau mana-mana pindaan, kami tidak boleh menyediakan semua perkhidmatan kepada anda dan anda mungkin perlu menamatkan perjanjian yang berkaitan dengan kami dan/atau berhenti mengakses atau menggunakan Laman tersebut.  

Pengumpulan Data Peribadi

  • Istilah “Data Peribadi” bermakna apa-apa maklumat dalam pegangan atau kawalan kami yang berkait secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang individu hingga kepada sejauh mana individu tersebut boleh kenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada itu, dan maklumat lain dalam pegangan kami seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor Kad Pengenalan/Pasport, tarikh lahir, gambar, alamat email, maklumat isi rumah dll. Jenis Data Peribadi yang dikumpul bergantung kepada tujuan ia dikumpul. Kami mungkin “proses” Data Peribadi anda dengan cara mengumpul, merekod, memegang, menyimpan mengguna dan/atau mendedahnya.
  • Data Peribadi anda mungkin di kumpul dari anda semasa anda berurusan dengan kami dalam apa-apa cara atau gaya termasuk menurut apa-apa urusniaga dan/atau komunikasi yang dibuat dari/dengan kami. Kami boleh mengumpul Data Peribadi anda dari pelbagai sumber, termasuk tanpa had.
  • Sebagai tambahan, kami juga menerima, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda yang disedia atau yang boleh sedia oleh pihak ketiga, badan rujuk kredit, pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang dan peraturan-peraturan, untuk sebab-sebab termasuk produk dan/atau perkhidmatan kami, pelaksanaan syarat perjanjian dan/atau mematuhi tanggungjawab perundangan dan peraturan kami. 

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

  • Data Peribadi seperti yang disediakan/dibekalkan oleh anda kepada kami atau dikumpul kami dari anda atau melalui sumber lain yang tersebut boleh diperlukan untuk memenuhi tujuan pada masa ia dirujuk/dikumpul, boleh diproses untuk tujuan berikut (di rujuk secara kolektif sebagai “Tujuan-tujuan”):
      • untuk berhubung dengan anda;
      • untuk mengekal dan menambahbaik perhubungan pelanggan;
      • untuk mengakses, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan, dan/atau kemudahahan kepada anda;
      • untuk mengendali dan memproses sebarang pembayaran berkaitan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang diminta oleh anda;
      • untuk mengesahkan pengenalan dan latarbelakang anda;
      • untuk bertindak balas terhadap pertanyaan atau aduan dan menyelesaikan apa-apa isu dan percanggahan yang mungkin timbul berhubung dengan apa-apa urusan dengan kami.
      • untuk menyediakan anda dengan maklumat dan/atau kemaskini mengenai produk, perkhidmatan, promosi akan datang yang kami tawarkan dan/atau acara yang dianjur oleh kami dan pihak ketiga yang terpilih yang boleh menarik perhatian anda dari masa ke masa;
      • untuk tujuan pemasaran;
      • untuk memudahkan anda mengambil bahagian dalam, dan pengurusan, apa-apa acara termasuk pertandingan-pertandingan, promosi-promosi atau kempen-kempen;
      • untuk menganjar mata dalam program kesetiaan atau ganjaran;
      • untuk mengekal dan mengemaskini simpanan rekod dalaman;
      • untuk tujuan pentadbiran dalaman;
      • untuk menghantar pesanan ucapan perayaan dari masa ke masa kepada anda;
      • untuk menghantar jemputan bagi menyertai acara dan promosi dan acara pelancaran produk kami;
      • untuk mengawasi, mengkaji semula dan menambahbaikkan acara dan promosi, produk dan/atau perkhidmatan kami;
      • untuk memproses sebarang pembayaran berkaitan transaksi komersial dengan kami;
      • untuk memproses dan menganalisa Data Peribadi anda samada secara individu atau kolektif bersama lain-lain individu;
      • untuk menjalankan penyelidikan pasaran atau kaji selidik, analisis pemasaran dalaman, aktiviti memprofil pelanggan, analisis corak dan pilihan pelanggan, merancang dan analisis statistik dan arah aliran berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
      • untuk tujuan lain yang diperlukan untuk mengendali, mengekal dan mengurus perniagaan kami dan perhubungan anda dengan baik; yang mana kami beritahu anda pada masa kami mendapatkan izin anda;dan anda bersetuju dan mengizinkan kami mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dalam cara yang dikenalpasti di dalam Polisi. Jika anda tidak memberi izin kepada kami untuk memproses Data Peribadi untuk satu atau lebih daripada Tujuan, sila beritahu kami melalui butir-butir hubungan di bawah:

Pendedahan Data Peribadi

  • Kami tidak akan menjual, menyewa, memindah atau mendedah apa-apa Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa izin anda. Walaubagaimanpun kami mungkin mendedahkan Data Peribadi kepada pihak ketiga berikut, untuk satu atau lebih daripada Tujuan di berikut:
      • pengganti hak milik kepada kami;
      • sesiapa di bawah tanggungjawab kerahsiaan yang mana bertanggungjawab menyimpan Data Peribadi anda sebagai rahsia yang mana kami telah lantik untuk melepaskan tanggungjawab kami terhadap anda:
      • mana-mana pihak yang ada kaitan dengan tindakan undang-undang atau tindakan undang-undang yang bakal diambil;
      • pusat data dan/atau pelayan yang terletak dalam atau luar Malaysia utuk tujuan penstoran data;
      • agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, tribunal, badan kawal selia, pengawal atur industri, kementerian, dan/atau agensi atau badan berkanun, pejabat atau perbandaran dalam mana-mana bidang kuasa, jika diperlukan atau diberi kuasa untuk berbuat demikian, untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal atau pertanyaan dari pihak berkuasa yang berkenaan;
      • rakan-rakan niaga kami, produk pihak ketiga dan/atau penyedia-penyedia perkhidmatan, pembekal-pembekal, vendor-vendor, kontraktor-kontraktor atau agen-agen, atas keperluan ingin tahu, yang membekalkan produk berkaitan dan/atau perkhidmatan yang berkaitan dengan perkhidmatan perniagaan kami, atau melepaskan atau melaksanakan satu atau lebih Tujuan seperti yang tersebut di atas dan lain-lain tujuan yang diperlukan untuk mengendali dan mengekal perniagaan kami;
      • institusi-institusi kewangan, pedagang-pedagang dan organisasi-organisasi kad kredit berkaitan transaksi komersial anda dengan kami;
      • mana-mana orang secara munasabah yang sama memerlukan sama agar kami mengendali dan mengekalkan perniagaan atau menjalankan aktiviti yang ditetapkan dalam tujuan-tujuan.

Keselamatan Data Peribadi

  • Kami komited untuk memastikan Data Peribadi anda disimpan dengan selamat. Untuk mencegah akses tanpa izin, pendedahan atau risiko-risiko lain yang sama, kami berusaha, di mana praktikal, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan tata cara menurut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dan standard industri untuk menjamin daripada dan menghalang pemprosesan Data Peribadi anda yang tidak dibenarkan atau tidak sah di sisi undang-undang, dan pemusnahan, atau kehilangan yang tidak sengaja, kerosakan, pengubahsuaian, pendedahan yang tanpa izin atau akses kepada Data Peribadi anda.
      • Kami akan melakukan kemas kini yang munasabah terhadap langkah-langkah keselamatannya dari masa ke masa dan memastikan pihak ketiga yang dibenarkan sahaja mengguna Data Peribadi anda untuk Tujuan yang ditetapkan dalam Polisi ini.
      • Internet bukan saluran yang selamat. Walaubagaimanapun, kami akan mewujudkan pelbagai tata cara keselamatan berhubung Laman dan komunikasi elektronik anda dengan kami. Semua pekerja dan pemeroses data kami, yang mempunyai akses, dan ada kaitan dengan pemprosesan Data Peribadi anda adalah bertanggungjawab untuk menghormati kerahsiaan Data Peribadi anda.
      • Sila berhati-hati dengan komunikasi di Internet, seperti email/webmail yang tidak selamat kecuali ia telah dinyahsulit. Komunikasi anda mungkin dihalakan melalui beberapa Negara sebelum dihantar – ini adalah keadaan semula jadi Jaringan Sejagat/Internet.
      • Kami tidak boleh dan tidak menerima tanggungjawab untuk akses tanpa izin atau pemintasan atas kehilangan Data Peribadi melangkaui kawalan kami yang munasabah.

Laman Web

  • Pautan luaran
      • Jika mana-mana bahagian Laman pautan anda dengan lain-lain laman web, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah Polisi ini dan kami tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab atau tanggungan yang timbul dari laman-laman itu.
      • Begitu juga, jika anda melanggan sesuatu permohonan, kandungan atau produk daripada rakan-rakan strategik kami dan anda seterusnya menyediakan Data Peribadi anda terus kepada pihak ketiga tersebut, yang Data Peribadi itu tertakluk kepada polisi perlindungan privasi/data peribadi pihak ketiga (jika mereka mempunyai polisi tersebut) dan bukan Polisi ini.
      • Kami cadangkan anda membaca dan memahami penyataan/polisi perlindungan privasi/data peribadi yang dipos di laman-laman web yang lain dengan tujuan untuk memahami tata cara mereka untuk mengumpul, memperoses, mengguna dan mendedahkan data peribadi dan sebelum mengemukakan Data Peribadi anda ke Laman-laman itu.
  • Kuki
      • Kami mengguna khidmat teknologi standard industri yang dinamakan “kuki”. Kuki ini ialah bahagian kecil maklumat yang distor di pemacu cakera komputer anda atau peranti bertujuan penyimpanan rekod, dan diguna oleh kami untuk menjejak lawatan anda ke Laman. Kuki boleh diguna untuk menyimpan rujukan anda bagi tujuan memudah dan menyenangkan ketika melayari Laman. Rangkaian pengkilanan pihak ketiga boleh mengeluarkan kuki mereka yang berasingan di pemacu cakera anda ketika melayari iklan.
      • Jenis aliran klik data yang tidak bernama yang dikumpul oleh kami melalui kuki boleh termasuk alamat Internet Protokal anda, pelayar web, perisian, tarikh dan masa lawatan ke Laman, dan sama ada permintaan anda (termasuk permintaan penyelidikan dan klik pada pautan ke bahagian Laman) berjaya. Semua maklumat yang dikumpul melalui kuki bukanlah Data Peribadi dan anda tidak boleh dikenalpasti melalui maklumat ini. Maklumat ini boleh digunakan hanya untuk tujuan mengurus dan membentuk pengalaman pengguna yang lebih baik.dan untuk mengenal pasti bidang-bidang untuk penambahbaikan Laman ini.
      • Penggunaan kuki kini adalah satu standard industri, dan anda akan dapati yang ia digunakan di kebanyakan laman sesewang. Kebanyakan pelayan web secara asasnya ditetapkan untuk menerima kuki. JIka anda suka, anda boleh mengeset semula pelayan anda sama ada untuk memberitahu anda apabila anda telah menerima kuki, atau menolak untuk menerima kuki. Anda sepatutnya faham yang beberapa ciri di Laman tidak berfungsi dengan baik jika anda mengeset pelayar anda untuk tidak menerima kuki.

Maklumat Lanjut

  • Jika anda ada pertanyaan mengenai polisi ini, atau mempunyai pertanyaan lanjut, atau ingin mengaju aduan atau akses data atau permintaan pembetulan mengenai Data Peribadi, anda boleh menghubungi kami di butir-butir hubungan di bawah:

Kemas kini akhir pada 21 Okt 2021

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!