Pengenalan
Oleh kerana kebanyakan produk kami terdiri daripada pokok hidup, kami tidak menerima permintaan untuk menukar atau pengembalian wang ke atas produk yang telah diterima.
Sepekara lagi yang kami tekankan ialah mungkin terdapat sedikit variasi (up to ± 30%) pada saiz dan rimbun pokok yang diterima berbanding gambar produk.
Refund Atau Tukar
Walaubagaimana pun, terdapat beberapa situasi yang kami boleh pertimbangkan untuk pengembalian wang atau penukaran.
Di antara situasi tersebut termasuk:
- Kesilapan menerima jenis produk
- Kerosakan produk akibat kecuaian pihak kurier (contoh: kotak pecah dll)
Situasi yang tidak dibenarkan termasuk:
- Kerosakan produk disebabkan perkara yang berpunca dari pembeli (contoh: penerima tidak dapat dihubungi pihak kurier, alamat yang tidak betul dll)
- Sebarang masalah yang tidak termasuk di dalam senarai yang dibenarkan.
Sebelum memulakan proses pemulangan atau pengembalian wang, pihak kami perlu membuat kepastian terlebih dahulu. Anda perlu emel / whatsapp kepada kami perkara dibawah:
- Gambar produk telah rosak yang diterima
- Gambar bungkusan yang diterima (contoh: kotak yang pecah)
Maklumat ini mesti dihantar dalam tempoh 7 hari selepas produk diterima. Kami berhak untuk tidak menerima sebarang aduan selepas 7 hari produk diterima.
Selepas kami bersetuju dengan aduan anda, anda perlu menghantar semula produk tersebut kepada kami sebelum kami membuat sebarang pengembalian wang atau penghantaran semula. (Kenapa perlu dikembalikan? Dari pengalaman kami 90% anak pokok yang rosak masih boleh dirawat)
Bagi produk bukan pokok hidup (contoh: baja & biji benih), anda boleh kemukakan sebarang aduan terus ke emel atau whatsapp.
Pemulangan
Setelah pemulangan anda diterima dan diperiksa, kami akan menghantar e-mel kepada anda untuk memberitahu anda bahawa kami telah menerima item anda yang dipulangkan. Kami juga akan memberitahu anda tentang kelulusan atau penolakan bayaran balik anda.
Jika anda diluluskan, maka bayaran balik anda akan diproses dan kredit akan digunakan secara automatik pada kad kredit atau kaedah pembayaran asal anda, dalam tempoh beberapa hari.
Bayaran balik lewat atau tiada
Jika anda belum menerima bayaran balik, semak akaun bank anda sekali lagi.
Seterusnya hubungi bank anda. Selalunya terdapat beberapa masa pemprosesan sebelum bayaran balik disiarkan.
Jika anda telah melakukan semua ini dan anda masih belum menerima bayaran balik anda, sila hubungi kami di pautan atas.
Penghantaran Balik
Untuk memulangkan produk anda, anda harus menghantar produk anda ke mana-mana alamat nurseri kami seperti dinyatakan pada pautan Siapa Kami.
Anda akan bertanggungjawab untuk membayar kos penghantaran anda sendiri untuk memulangkan item anda. Kos penghantaran tidak akan dikembalikan.
Bergantung pada tempat tinggal anda, masa yang mungkin diambil untuk produk yang ditukar anda sampai kepada anda mungkin berbeza-beza.
Jika anda memulangkan item yang lebih mahal, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran yang boleh dikesan atau membeli insurans penghantaran. Kami tidak menjamin bahawa kami akan menerima item anda yang dipulangkan.