Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Kunyit

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Kunyit
Nama Saintifik: Curcuma longa /curcuma domestica
Nama Lain: Kurkum (arab) , jiang huang, yu jin (China) , Indian Saffron, curcuma, kunir (Indonesia) , kondin, temu kuning, ukon, goeratji, Temu kunyit, tius.
Famili: Zingerberaceae
Lokasi Gambar: Ditanam sebagai rempah
Asal:


    

   

PENGENALAN:

Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan peranan penting dalam masakan masyarakat Asia. Ia sejenis tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak melalui pecahan rizom. Kunyi menyukai tempat lembab dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang. Ibu kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Rizom kunyit berwarna coklat di luar dan berwarna oren terang di dalamnya. Ia mempunyai bau yang wangi dan menusuk hidung.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Kunyit mempunyai sifat anti-radang, antioksida, anti kanser, pelindung hati. Kandungan kimia kunyit terdiri daripada minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d. kamper, dan kurkurmin minyak atsiri, sikloiserin, mirsen, metil farbinol, d. kamper, dan kurkurmin. Dalam perubatan tradisional Melayu kunyit digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi, demam kuning, cirit-birit, meningkatkan selera makan, mengubat sakit perut, sembelit, kening berdarah, radang ginjal dan menyegarkan badan. Cara penggunaan untuk penyakit di atas ialah dengan cara menumbuk kunyit hingga halus, campurkan air dan tapis hampasnya dan diminum sekali sehari selepas makan. Kunyit juga banyak digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran tempatan. Menurut perubatan Cina kunyit dapat meningkatkan pengaliran qi dan melancarkan perjalanan darah.
Kunyit juga dijadikan rawatan selepas bersalin. selalunya rizom kunyit dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang untuk mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. Kunyit yang dikisar bersama pegaga biasa dimakan seminggu sebelum kedatangan haid dan ini dikatakan dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri. Kunyit juga dikatakan dapat menjadikan penggemarnya awet muda.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Kunyit
Scientific Name: Curcuma longa /curcuma domestica
Other Name: Kurkum (arab) , jiang huang, yu jin (China) , Indian Saffron, curcuma, kunir (Indonesia) , kondin, temu kuning, ukon, goeratji, Temu kunyit, tius.
Family: Zingerberaceae
Location: Ditanam sebagai rempah
Origin:

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!