Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

50 individu beragama Islam ditahan minum arak

MOHD HARIS FADLI MOHD FADZIL | 2022-12-30 15:31:00 | www.sinarharian.com.my

Seramai 50 individu beragama Islam ditahan berhubung kesalahan minum arak. - Foto DBKL

Seramai 50 individu beragama Islam ditahan berhubung kesalahan minum arak. – Foto DBKL

KUALA LUMPUR – Seramai 50 individu beragama islam ditahan membabitkan kesalahan berkaitan minuman keras dalam serbuan ke atas sembilan kelab malam di sekitar ibu negara, di sini pada Khamis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Seorang individu ditahan selepas ujian urin didapati positif. Foto DBKL

Seorang individu ditahan selepas ujian urin didapati positif. Foto DBKL

“Operasi bersepadu dijalankan di sekitar Taman Shamelin, Taman Maluri, Jalan Metro Pudu, Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur bermula jam 11.00 malam Rabu dan berakhir pada jam 3.30 pagi, Khamis.

“Hasil pemeriksaan terhadap pengunjung yang terdiri daripada warga tempatan serta warga asing di sembilan premis berkenaan membawa kepada penahanan 26 lelaki dan 24 wanita oleh pihak Jawi,” menurut kenyataan di Facebook pada Khamis.

DBKL memberitahu, kesemua individu berkenaan ditahan berhubung kesalahan berkaitan minum arak dan diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan Jawi mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, seorang individu ditahan AADK di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian urin didapati positif.

DBKL mengeluarkam notis penutupan terhadap empat buah premis berkenaan. Foto DBKL

DBKL mengeluarkam notis penutupan terhadap empat buah premis berkenaan. Foto DBKL

“DBKL turut membuat tindakan penutupan (sealed) serta merta terhadap empat (4) buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 3 kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b).

“Sebanyak tiga notis kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 (melantik pembantu tanpa kebenaran) dan UUK Iklan (WPKL)1982 ( pamer iklan tanpa kebenaran),” katanya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!