Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

17 maut akibat ribut salji landa AS

Sinar Harian | 2022-12-25 11:39:00 | www.sinarharian.com.my

Lebih daripada 200 juta orang dijangka terjejas akibat cuaca buruk di AS. Foto AFP

Lebih daripada 200 juta orang dijangka terjejas akibat cuaca buruk di AS. Foto AFP

NEW YORK – Sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat ribut salji melanda Amerika Syarikat (AS) manakala lebih 1.7 juta kediaman dan syarikat dilaporkan terputus bekalan elektrik, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Sabtu.

NWS mengumumkan bahawa angin ribut yang datang dari arah Artik menjejaskan kira-kira dua pertiga bahagian di AS dan memberi kesan ketara di bahagian tengah dan timur negara pada akhir minggu ini.

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa jarak penglihatan menurun kepada sifar akibat ribut salji, dengan tiupan angin mencecah 115 kilometer (71 batu) sejam di beberapa kawasan.

Menurut laman sesawang Power Outage, lebih 1.7 juta rumah dan syarikat perniagaan di seluruh negara terputus bekalan elektrik dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bekalan elektrik dapat dipulihkan.

Lebih daripada 200 juta orang dijangka terjejas akibat cuaca buruk di AS.

Darurat telah diisytiharkan di beberapa negeri, termasuk New York, Virginia, Kentucky, Georgia, Carolina Utara dan Oklahoma, manakala Presiden AS Joe Biden menggesa rakyat supaya mematuhi amaran itu.

Sementara itu, laman sesawang FlightAware melaporkan bahawa lebih 8,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 25,000 penerbangan ditangguhkan menjelang cuti Hari Natal dan Tahun Baharu. – Bernama.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!