Mexican sun flower ( sun flower tree) cutting / Keratan Pokok insulin

RM1.00

In stock

wws Support / Pesanan WhatsApp Order Dengan WhatsApp

Penghantaran Ke Seluruh Negara**

  • Penghantaran harian
  • Kami menggunakan kurier yang terbaik
  • Kaedah pembungkusan terbukti selamat
      Pembayaran 100% Selamat 

Keratan pokok paitan atau insulin . Panjang keratan antaran 15-20 cm. Keratan tanpa akar. Keratan perlu disemai sebaik sahaja diterima. Rendam bahagian bawah dalam gelas berisi air jika tidak sempat tetapi jangan rendam melebih 2 hari.Rendaman yang terlalu lama akan menyebabkan keratan rosak. Jika tidak pernah menyemai dari keratan panduan asas ini boleh digunakan.1. periksa bahagian bawah keratan. Jika hitam atau pecah, kemaskan dengan memotong bahagian bawahnya secara serong. Pastikan tidak pecah (clean cut)2. Boleh celupkan keratan kedalam penggalak akar jenis serbuk atau cecair. Jika Gunakan jenis serbuk, pastikan ketuk-ketuk sikit keratan supaya tidak terlalu banyak serbuk melekat pada bahagian hujung keratan. Step 2 hanya optional. jika tiada penggalak akar tetap boleh disemai cuma proses pengeluaran akar lebih lambat.
3. Sediakan media semaian.Media yang paling mudah menghasilkan akar ialah tanah holland ( peat moss) . Jika tidak ada boleh gunakan sabut kelapa hancur(coco peat) atau pasir sungai.
4. Buat lubang Di tengah media semaian, masukkan keratan lebih kurang 2-3 cm kedalam tanah. Tekan dan kemaskan tanah disekeliling
5. Siram secukupnya.
6. Tutup bahagian atas kerana dengan bekas lutsinar akar bahagian atas keratan sentiasa lembab dan tidak kering.Pastikan media semaian sentiasa lembab tapi tidak terlalu menakung air.
7. keratan biasanya berakar selepas 3-6 minggu.
8. Alihkan ke media tananaman kekal selepas daun baru stabil dan akarnya banyak.

Pokok Insulin / PaitanMerupakan spesis tumbuhan berbunga dalam keluarga bunga matahari. Ia juga dikenali dengan nama tree marigold, mexican sunflower, japanese sunflower, nitobe chrysanthemum.Ia berasal dari Mexico dan Amerika tengah, tetapi telah beradaptasi dengan jayanya sehingga boleh tumbuh sebagai tumbuhan liar di sesetengah kawasan tropikal. Tumbuhan ini tumbuh dan membiak dengan cepatnya. Ia sesuai digunakan sebagai tumbuhan untuk meningkatkan kesuburan tanah di kawasan tanah yang tidak mempunyai nutrien.Pokok ini ditebas dan dijadikan kompos menggantikan baja yang mahal. Ia merupakan baja hijau yang terbukti berkesan meningkatkan hasil pertanian. Lebih subur dari baja tinja lembuDi jepun pokok ini pernah diimport untuk dijadikan tumbuhan hiasan, Daunnya mempunyai rasa yang sangat pahit. Jadi ia digunakan untuk mengubati demam dan mengurangkan kean keracunan makanan. Dijepun ia diperkenalkan oleh seorang yang bernama nitobe Inazo kerana itu di Jepun ia dikenali sebagai Inobe chrysanthemum.Di Taiwan pokok ini dijual sebagai ubat herba. Di Wilayah Mae Hong Song Thailand, bunga ini dijadikan bunga rasmi. Ia juga merupakan simbol tidak rasmi untuk sebuah bandar bernama Da Lat di vietnam.Di Malaysia ia popular dengan nama panggilan pokok insulin kerana keberkesanannya mengawal penyakit diabetis.

 

Additional information

Weight 0.1 kg
Dimensions 10 × 20 × 5 cm

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Currently, we are not accepting new reviews