Kitolod / Lidah Payau (Star Of Bethelhem) 150Ml Pot

RM15.00

Kitolod / Lidah Payau (Star Of Bethelhem) 150Ml Pot MCA0929

In stock

wws Support / Pesanan WhatsApp Order Dengan WhatsApp

Penghantaran Ke Seluruh Negara**

  • Penghantaran harian
  • Kami menggunakan kurier yang terbaik
  • Kaedah pembungkusan terbukti selamat
      Pembayaran 100% Selamat 

Anak benih / pokok di dalam polibeg / pasu.

Dah beracun macammana nak jadi ubat lelah ….??
Satu soalan yang saya dapat dari pelanggan salah satu platform beli belah yan popular, platform S. Pokok yang dimaksudkan ialah pokok kitolod atau dikenali dengan nama-nama lain seperti lidah payau ( rusa), bintang lima, dedalu cina atau nama dalam bahasa inggerisnya , Star of Bethlehem dan madamfate. Berikut info ringkas mengenai pokok ini:
Nama Botani : Hippobroma longiflora syn laurentia longiflora Nama tempatan : Kitolod, Lidah payau ( rusa), bintang lima, dedalu cina , Star of Bethlehem dan madamfate Keluarga : Campanulaceae Asal : Bahagian barat benua india jenis: herba saka(perennial) berbatang lembut
menariknya pokok berbunga putih ini merupakan satu-satunya spesies dalam genus hippobroma. Ia adalah tumbuhan herba berbatang lembut dengan bahagian bawahnya seolah-olah berumpun. Nama longiflora diberikan kerana bunganya yang berwarna putih mempunyai tangkai yang panjang.
Tumbuhan ini adalah tumbuhan beracun. Batangnya mengandungi getah yang bahaya jika terkena pada kulit dan mata. Getahnya yang termasuk kedalam mata boleh menyebabkan buta walaupun dalam jumlah yang sedikit. Dapatkan rawatan jika getah termasuk kedalam mata. Bahan aktif yang terdapat pada tumbuhan ini ialah 2 jenis alkaloid (sebatian semulajadi) piridina(pyridine) iaitu lobelin dan nikotin. 2 sebatian ini jika diambil pada dos yang tinggi akan menyebabkan kesan keracunan seperti loya, muntah , kejang dan menggigil.
Walaupun begitu, seperti alkaloid-alkaloid yang terdapat dalam tumbuhan herba ubat yang lain, 2 jenis alkaloid ini juga boleh digunakan untuk rawatan penyakit. TETAPI , pastikan dos yang betul digunakan dan jangan gunakan tanpa nasihat dari pakar perubatan herba bertauliah. Dos yang kecil ( dengan nasihat pakar perubatan herba) digunakan untuk merawat penyakit seperti asma/lelah, reumatisme bronkitis, sawan dan hidrofobia, Ia juga digunakan untuk merawat luka terbakar dengan cara menampalkan pokok ini yang telah ditumbuk pada luka tersebut ( kegunaan luaran sahaja)
Di Malaysia , kegunaan popular yang sering diperkatakan ialah sebagai ikhtiar untuk rawatan penyakit selaput mata ( katarak). Bahagian yang digunakan untuk tujuan ini ialah bunganya. Bunga yang telah dicabut dari tampuk bunganya , direndam dalam segelan air, setelah itu air yang masuk kedalam corong tangkai bunganya dititiskan ke dalam mata yang bermasalah katarak. Dari pengalaman pesakit yang pernah mencuba kaedah ini, pada permulaannya mata akan terasa pedih. cukup 1 bunga untuk 1 gelas air. Bunganya perlu dicuci bersih sebelum direndam(beberapa minit) . kaedah ini juga digunakan untuk merawat sakit mata dan mata yang gatal-gatal.
#kitolod #pokokkatarak #bintanglima #korejat #lidahpayau
Penafian: Maklumat ini disiarkan adalah untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba. Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, organisasi atau e-group.

___________

 

Belilah Dengan Yakin

Melur's Garden
product rating0.00 / 5
0 reviews

 

Anda juga boleh beli item ini di LAZADA & SHOPEE.



  


Harga Borong

Kuantiti Pesanan (Ordered Quantity) Harga Seunit, RM (Price per Unit, RM)
1 – 50  15
 51 – 200  
 201 – 1000  
 1001 ke atas  

* Harga yang dipaparkan adalah sebagai panduan dan mungkin boleh berubah. Sila hubungi kami disini untuk maklumat lanjut. Harga tidak termasuk kos pengangkutan.

Nota:

  • Hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan produk ini.
  • Anda boleh lihat testimoni daripada pelanggan kami.

 

PENTING!!

  • Bagi pesanan dari Sabah & Sarawak, sila buat permohonan mengimpot terlebih dahulu!! Penghantaran ke Sabah & Sarawak adalah amat berisiko disebabkan terdapat banyak faktor diluar kawalan. Pembeli bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat masalah semasa penghantaran.

 

Additional information

Weight 3 kg

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
Currently, we are not accepting new reviews