Description
Buah Kecupu/ mencepu turut dikenali dengan nama buah cerapu, chepu, mengchupu, chengkau dan pelbagai nama lain lagi. Buah Kecupu mengeluarkan buah yang bewarna hijau kemudian bertukar warna oren kekuningan dan seterusnya bertukar warna oren kemerahan apabila sudah masak. Buah Kecupu yang masih muda kebiasaanya digunakan dalam masakan dan buah yang sudah masak boleh terus dimakan. Buah ini adalah antara buah nadir yang agak sukar ditemui kini. Daunnya hampir sama dengan daun manggis. Buahnya sangat masam ketika muda dan masam masam manis dan berjus apabila masak. Buahnya bergetah pada dan getah akan lekat dimulut ketika makan jika tidak berhati-hati.Buah yang muda sangat sedap dijadikan sambal , dimasak bersama masak lemak ikan sungai atau dimasukkan dalam ramuan air asam.
Additional information
| Weight | 2 kg |
|---|





Reviews
There are no reviews yet.