restaurant Resepi Apr 06, 2006

Jam Bunga Ros

person Shared by: Nor
cooking

Ingredients

  • 450 g bunga ros merah atau pink 570 ml air 480g gula castor jus dari 2 biji lemon 1 sudu besar air mawar (15 ml) jika suka
format_list_numbered

Instructions

1

Kelopak bunga ros dicuci bersih dan bahagian yang berwarna putih dibawahnya dibuang kerana bahagian ini agak pahit.

2

panaskan air hingga mendidih dalam kuali besar.

3

kecilkan api dan masukkan kelopak bunga ros

4

kacau selama lebih kurang 5 minit hingga kelopak bunga ros menjadi lembut.

5

Tambah gula dan jus lemon.Biarkan mendidih selama 30 minit. Kacau hingga gula hancur dan campuran menjadi pekat.Tambah air mawar.

6

Biarkan campuran menjadi agak berbuih. Untuk melihat masak atau tidak ambil satu sudu besar , letakkan dalam piring dan sejukkan.kalau kelihatan agak beku dan berkilat, ini bermakna sudah masak.

7

sejukkan sebelum dibotolkan.

Share this with friends and family

share Share via WhatsApp