Herba
Beli Anak Pokok / Benih
Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.
Graminae
Serai
Cymbopogon citratus
Nama Lain: Serai makan, lemon grass, takrai, sereh makan
place
Habitat / Location
Tanaman kebun
explore
Origin
Sri Lanka
Khasiat & Kegunaan
Serai banyak digunakan dalam masakan Melayu , Indonesia dan Thailand. antara masakan yang menggunakan serai ialah tomyam, rendang dan kerabu. selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang di ekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik , syampu dan sabun. Serai mengandungi kandungan sitral sebanyak lebih kurang 65 hingga 85 % . antara sebatian lain yang terdapat dalam serai ialah linalol, geraniol, sitronelal, sitronenol, farnesol, farnesal, limonena dan nerol.