Rosemary
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Labiatae

Rosemary

Rosemarinus officinalis

place
Habitat / Location Herba Inggeris
explore
Origin -

Khasiat & Kegunaan

Kajian saintis dari universiti Cincinnati mendapati bau rosemary boleh membantu menguatkan ingatan kita. Rosemary sesuai diletakkan di atas meja dipejabat atau di atas meja belajar kanak-kanak. Daun rosemary boleh dipetik bila-bila masa diperlukan. Tidak digalakkan memetik lebih dari yang perlukan kerana baunya akan berkurangan apabila kering. Satu kajian oleh Chi-Tang Ho, Ph. D. , seorang profesor di jabatan sains makanan di Universiti Rutgers di New Brunswick, New Jersey mendapati penggunaan minyak rosemary yang disapu pada kulit (kajian dilakukan pada haiwan) mengurangkan separuh dari risiko terkena kanser. Kajian yang sama juga menunjukkan haiwan yang makan rosemary hanya mendapat separuh dari kebarangkalian mendapat kanser kolon dan kanser paru-paru berbanding dengan haiwan yang dietnya tidak mengandungi Rosemary.

Selain daripada itu rosemary juga digunakan untuk merawat masalah penghadaman dan haid yang tidak teratur. Cara penggunaannya sama iaitu dengan minum secawan kecil teh rosemary setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Jika digunakan sebagai losyen ia dapat menghilangkan masalah sakit kepala. Jika teh ini diminum bersama madu ia boleh digunakan untuk merawat batuk. Ia juga baik digunakan sebagai tonik untuk menyuburkan kulit kepala dan mencantikkan kulit. Ia juga boleh menghilangkan kedutan kecil pada kulit. Wanita hamil tidak dibenarkan mengambil persediaan herba dari rosemary. Walau bagaimanapun kuantiti sedikit yang digunakan sebagai rempah dalam masakan tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants