Sembung
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Compositae

Sembung

Blumea balsamifera

Nama Lain: Capa, sambung, Blumea camphor, ngai camphor, mambong (Iban) , telinga kerbau

place
Habitat / Location Tumbuhan Liar
explore
Origin -

Khasiat & Kegunaan

Daun sembung digunakan untuk mengubati demam. Caranya daunnya direbus bersama air dan di campur dalam air mandian. Kaedah yang sama digunakan untuk mandian selepas bersalin. Untuk mengubati senak perut yang disebabkan oleh angin, daunnya direbus dan airnya diminum. Daunnya juga boleh digunakan untuk mengubati kencing manis. Flavanol yang terdapat dalam daunnya juga menjadikannya sebagai ubat antiradang. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah. daunnya yang direbus juga boleh melancarkan haid yang tidak teratur dan dapat menambahkan selera makan.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants