Herba
Beli Anak Pokok / Benih
Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.
Rutaceae
Kari
Murraya koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
place
Habitat / Location
Diperkarangan rumah
explore
Origin
-
Khasiat & Kegunaan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampuri dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. jus daun kari yang dicampuri dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.