Memali
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Vitaceae / Leeaceae

Memali

Leea indica merr

Nama Lain: mali, mali-mali, merpati padang, jolok-jolok, bandicoot berry, ahina (India-Assam) , kurkur (benggali) , kukur jihwa (hindi) , andilu (kannada) , gadhapatri, erattayani (malayalam) , nakku, nellu, chatri, kukkurajihva (sanskrit) , nalavaottannalam, ottanali, niyakku (tamil) , , amkador, illadugu (telugu)

place
Habitat / Location Tumbuhan liar
explore
Origin Asia Tenggara

Khasiat & Kegunaan

Memali merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam kaedah perubatan ayurveda. Di Malaysia, memali digunakan untuk mengubati cirit-birit. bahagian yang selalu digunakan untuk perubatan ialah daun dan akarnya.

Memali juga digunakan di Kelantan terutamanya untuk mempercepatkan buah masak (memeram) . buah-buahan yang selalunya diperam dengan daun memali ialah pisang, nangka, bacang dan kuini. selain daripada itu memali merupakan antara tumbuhan yang menarik minat rama-rama.

Antara cara penggunaan tradisional pokok memali:
1. untuk mengubati luka-beberapa helai daun memali ditumbuk hingga mengeluarkan air. Airnya yang agak bergetah disapu pada bahagian yang luka.

2. Untuk perubatan batu karang: akar memali, pucuk buluh yang masih bergulung, akar dan duri buah mengkuang tikus, akar rumput senayan halus, daun dan akar pokok mempelas kasar dan akar daun tepus kerai dicampuri bersama-sama dan direbus. Air rebusan diminum 3 kali sehari. Bahan campuran ini boleh diulang rebus sehingga tiada lagi bau dan warnanya (tawar) .

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants