Lakum
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Vitaceae

Lakum

Vitis diffusa

Nama Lain: Ubi kertas, Lakom

place
Habitat / Location Tumbuhan liar
explore
Origin Tumbuhan tempatan

Khasiat & Kegunaan

Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata. Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari. Proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari. Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengasah ubi tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.

Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesies ikan sungai terutamanya ikan baung.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants