Caesalpinaceae
Gelenggang
Cassia alata
Nama Lain: Cassia, wild senna, fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, wild senna, ringworm cassia, guajava, ketepeng badak, flor del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco, gelenggang.ludangan
place
Habitat / Location
Di tepi lebuh raya dan kawasan semak (Gambar:Mata air panas poring, sabah)
explore
Origin
-
warning
Amaran Toksik / Toxicity Warning
Tumbuhan ini diklasifikasikan sebagai tumbuhan beracun atau mengandungi bahan toksik aktif. Kendalikan dengan berhati-hati dan jauhkan daripada haiwan peliharaan serta kanak-kanak.
This plant is classified as poisonous or contains active toxic substances. Handle with care and keep away from pets and children.
Khasiat & Kegunaan
Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab. Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah (setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut. Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang. Pesakit akan merasa sedikit pedih. Selain itu ia juga boleh menjadi penawar kepada sengatan serangga dan ekzema. Ini untuk kegunaan luaran sahaja.
Untuk masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap.
Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim) . Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas di sesetengah negara Amerika selatan. Air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria
**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan akan dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini. Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga dicegah dari menggunakannya. Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid krisofonik.