Mata Ayam
Herba

Beli Anak Pokok / Benih

Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.

Myrsinaceae

Mata Ayam

Ardisia crenata/crispa

Nama Lain: Mata Pelanduk, Hen'S Eye, Coralberry, Coral Ardisia, Spiceberry, Christmas Berry , Hilo Holly, Coral Tree

place
Habitat / Location Tumbuhan liar
explore
Origin -

Khasiat & Kegunaan

Akarnya boleh digunakan untuk melegakan kesakitan (analgesik yang lemah) . Ia juga dapat menyingkirkan toksid dari badan dan menyucikan darah. Akarnya juga dapat menurunkan demam panas dan melancarkan perjalanan darah. Caranya akar mata ayam direbus dan airnya diminum. Daunnya pula boleh dijadikan penawar untuk sengatan binatang berbisa seperti lipan dan kala jengking. Caranya daunnya dilumatkan dan ditampal pada bahagian yang terkena gigitan. Ia juga dikatakan dapat meneutralkan kesan keracunan dan merawat radang dan batuk.

Tumbuhan Berkaitan / Related Plants