Herba
Beli Anak Pokok / Benih
Dapatkan benih atau anak pokok yang sihat terus dari platform jualan kami dengan jaminan kualiti terbaik.
Zingiberaceae
Bonglai Putih
Zingiber cassumunar roxb
Nama Lain: Bola, Zingiber purpureum Roscoe (sinonim) , jengibre colorado, Plai, phai (Thailand) , Cassumunar ginger
place
Habitat / Location
Semak dan belukar kecil
explore
Origin
Tumbuhan tempatan
Khasiat & Kegunaan
Bonglai putih digunakan untuk mengubati penyakit seperti resdung, rheumatik dan penyakit kardio-vaskular (jantung) serta sakit kepala. Ia juga merupakan antioksida dan anti radang. Satu kajian yang dijalankan oleh Ozaki Y, Kawahara N, Harada M. Di Tokyo Jepun menunjukkan methanol yang wujud dalam ekstrak bonglai putih menghasilkan 2 ciri iaitu sebagai penahan sakit (analgestik) dan anti radang(anti-inflammatory). Minyak Bonglai yang juga di kenali sebagai plai atau phai di Thailand digunakan dengan meluas sebagai salah satu bahan untuk urutan Thai.