fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Cuban Oregano Sejenis Herba Masakan

Ini adalah Cuban Oregano. Sekali tengok rupanya hampir menyerupai pokok bangun-bangun(Plectranthus amboinicus (Lour.) Spreng) . Tetapi bila disentuh daunnya memang ternyata baunya berbeza sama sekali. Bau cuban oregano sangat saya sukai. Baunya merupakan kombinasi bau oregano, sage dan thyme.Tumbuhan ini mudah didapati di banyak negara kini, namun tempat asalnya ialah dari bahagian selatan benua Afrika.

Cuban oregano juga dikenali dengan nama spanish thyme, Puerto Rican oregano, Indian borage, Mexican mint. Ia mempunyai banyak kegunaan dari segi perubatan serta fungsinya dalam masakan.Didalam masakan kegunaan herba ini adalah sama seperti kegunaan herba sage dan oregano. Ia boleh digunakan untuk menggantikan sage dan oregano. Daunnya digunakan untuk memberi perisa kepada masakan daging terutamanya masakan mexico.

Herba ini paling banyak digunakan di dalam masakan carribean.Daunnya yang segar dikisar bersama herba lain dan digunakan sebagai rempah perapan. Ia juga digunakan sebagai sos salsa.

teh dari daunnya yang segar boleh digunakan untuk melegakan masalah pengadaman , melegakan pernafasan dan melegakan penyakit arthritis.

Untuk ubat batuk pula jus daun segarnya boleh dicampur dengan gula batu atau madu dan digunakan sebagai sirap batuk.Daunnya boleh juga ditumbuk dan disapu ke dada untuk melegakan masalah pernafasan.

Bagi kita yang selalu berada diluar , berkebun, daunnya boleh dijadikan penghalau serangga. Daunnya yang dipecah-pecahkan disapu ke kulit untuk menghalang gigitan serangga.
Nama : Cuban oregano
Nama botani: Plectranthus amboinicus
Keluarga : Lamiaceae

____________________________________

Ayam panggang cuban oregano
(Grilled cuba oregano chicken)

Rasanya saya sudah obsess dengan bau cuban oregano yang pada saya amat menyelerakan. Oleh kerana banyak stok cuban oregano diluar tu saya plan nak buat ayam panggang cuban oregano ni. Google2 resepi terjumpa satu resepi mudah dari ferral kitchen ni. Apalagi…moh le kita try hari ni..menengokkan banyak komen yang kata sedap sangat kat page resepi tu…rasa macam tak sabar pulak nak try.

Ni resepinya yang dah saya translate. Untuk resepi original boleh ke :
http://feralkitchen.com/…/08/31/grilled-cuban-oregano-chic…/

Bahan-bahannya
1. 1/2 cawan minyak zaitun
2. 1/3 cawan bawang merah
3. 1/3 cawan jus limau nipis
4. 1/3 cawan daun ketumbar atau ketumbar jawa
5. 1/4 cawan cuka ( saya gunakan cuka apple cider brand heinz)
6. 2 1/2 sudu makan daun cuban oregano
7. 4 sudu makan bawang putih yang dah di cincang. kalau tak cincang susah nak guna sukatan ni. Agak-agak dalam 4 ulas.
8. 1 sudu makan jintan putih
9. 1/2 sudu makan garam atau ikut rasa masing-masing. secukup rasa.
10. 1/2 sudu makan serbuk lada putih( pepper)
11. 1.5 kg bahagian daging ayam yang tidak bertulang. Kalau nak guna ayam bertulang pun tak ada masalah.

Kisar semua bahan diatas kecuali ayam. Perap ayam dalam peti ais selama lebih kurang 4 hingga 6 jam.Lepas tu bolehla dibakar.

Jom cuba sama-sama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!