|
||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||
Tumbuhan Herba | Tumbuhan Hiasan Palasmerupakan sejenis tumbuhan dari keluarga palma.Ia boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian sehingga 15 kaki.palas senang dijumpai tumbuh di Malaysia terutamanya di kawasan yang agak lembab dan berpaya.Ia merupakan sejenis palma yang tumbuh berumpun. Batang palas mempunyai duri yang tajam. Daunnya mempunyai lidi atau tulang belakang daun. Buahnya kecil,tersusun pada tangkainya yang panjang, berwarna hijau ketika muda dan menjadi jingga atau oren apabila masak.Ia boleh membiak melalui pecahan rumpun dan biji benih.Tumbuhan ini memerlukan tempat yang agak redup dan air yang mencukupi untuk tumbuh dengan sempurna
Palas begitu sinonim dengan masyarakat melayu kerana pucuknya yang digunakan untuk membungkus ketupat pulut. Ketupat pulut merupakan makanan tradisi masyarakat melayu dan disediakan untuk menyambut hari raya terutamanya bagi penduduk di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia.Daunnya yang telah tua juga digunakan untuk membungkus makanan seperti lempuk durian.Selain daripada kegunaan daun dan pucuk palas sebagai pembungkus makanan , ia juga banyak dijadikan tumbuhan hiasan dan lanskap, terutamanya di luar negara kerana strukturnya yang cantik. daunnya tersusun dalam satu bulatan pada tangkai daunnya. Permukaan daunnya berkilat dengan warna daun yang hijau pekat dan menarik. Ia boleh ditanam di dalam pasu sebagai tumbuhan hiasan yang mempunyai kegunaan.
|
|
|||||||||||||||||
Artikel ini disiarkan untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata, artikel ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba.
Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan atau organisasi atau e-group.
CopyrightŠ Melur.com 2003-2005
email kami di support@melur.com