Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

[VIDEO] Tanah runtuh: Identiti 16 mayat masih belum dikenal pasti

MUKHRIZ MAT HUSIN | 2022-12-16 16:32:00 | www.sinarharian.com.my

Dr Zaliha ketika sidang media di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.

Dr Zaliha ketika sidang media di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.

SUNGAI BULOH – [DIKEMAS KINI] Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh telah menerima 11 mayat setakat jam 1.15 tengah hari, manakala lima mayat sedang dalam perjalanan dari lokasi kejadian.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, bagaimanapun identiti kesemua mayat tersebut masih lagi belum dikenal pasti.

“Pasukan perubatan forensik kini sedang mengumpul maklumat antemortem daripada waris yang sedang berada di pekarangan Jabatan Forensik.

“Dengan adanya antemortem, akan dapat mempercepatkan proses pengecaman dan seterusnya penyerahan mayat kepada pihak waris setelah selesai bedah siasat.

“Sekarang ini semua mayat-mayat itu masih di dalam beg (mayat), belum buka lagi dan kita tidak boleh kenal pasti lagi identiti mereka sama ada kanak-kanak, orang dewasa lelaki atau wanita, semua kita tidak boleh buat lagi,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pasukan perubatan Forensik telah menyediakan sebanyak lapan pasukan petugas terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dengan turut dibantu oleh petugas Jabatan Forensik, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam untuk menjalankan bedah siasat.

“Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh turut dibantu oleh Jabatan Forensik hospital lain di sekitar Lembah Klang dan juga hospital universiti,” ujarnya.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan pihak bomba menganggarkan sekitar 100 mangsa dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father’s Organic Farm, Batang Kali, di sini awal pagi Jumaat.

Bomba Selangor dilapor berkata, sebanyak tiga buah jentera termasuk unit anjing pengesan (K9) dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, dan beberapa balai lain telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Seramai 13 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali setakat jam 11 pagi Jumaat.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, mangsa-mangsa terkorban dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!