Terung Ranti

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Terung Ranti
Nama Saintifik: Solanum nigrum l.
Nama Lain: Terung meranti, manathakkaali (tamil) , makoi (hindi) , Black night shade, Duscle, Garden Nightshade, Hound’s Berry, Petty Morel, Small-fruited black nightshade dan popolo
Famili: Solanaceae
Lokasi Dijumpai: Permatang Tepi Laut Pulau pinang
Asal:: EurAsia

KETERANGAN:

Terung ranti merupakan sejenis tumbuhan liar yang ditemui di kawasan lapang yang terbiar. Selalunya tanah di kawasan ini merupakan tanah jenis poros dan berpasir , mempunyai pengaliran yang baik. Ketinggian pokok ini sekitar 30-120 cm (12-48) , daunnya bergerigis dibahagikan tepi. Bunganya kecil-kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk beri dan bergugus-gugus , berwarna hijau ketika mudah dan akan menjadi hitam apabila ranum. Ada juga jenis yang warna buahnya merah ketika masak ( biasa dijumpai di India) . Yang biasa dijumpai di Malaysia ialah jenis yang berbuah hitam.

 

KEGUNAAN:

Pedalaman di Malaysia, buah terung ranti yang masak dimakan oleh anak-anak. Manakala pucuknya pula dijadikan sayuran. Sungguhpun begitu pokok ini juga ada kesan keracunan yang terdapat pada buahnya yang belum masak dan daunnya yang dimakan mentah buahnya dikenali dengan nama fragrant tomato kerana rasanya yang hampir menyamai rasa tomato.

Dari segi perubatan air rebusan daun dan buah terung ranti dijadikan penawar untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan hati termasuk penyakit kuning atau jaundice.

 


Common Name: Terung Ranti
Scientific Name: Solanum nigrum l.
Other Name: Terung meranti, manathakkaali (tamil) , makoi (hindi) , Black night shade, Duscle, Garden Nightshade, Hound’s Berry, Petty Morel, Small-fruited black nightshade dan popolo
Family: Solanaceae
Location: Permatang Tepi Laut Pulau pinang
Origin: EurAsia


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.