Sentul

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Sentul
Nama Saintifik: Sandori koetjape
Nama Lain: Kecapi
Famili: Moraceae
Lokasi Dijumpai: Tumpat Kelantan
Asal:: Tumbuhan tempatan

KETERANGAN:

Buah sentul merupakan antara buah-buahan yang tergolong dalam golongan buah nadir di Malaysia. Ia semakin ditemui dan kebanyakan generasi muda tidak mengenali buah ini. Buah yang mempunyai keluarga yang sama dengan buah nangka ini berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi kuning apabila masak. di Malaysia terdapat 2 jenis buah sentul. satu jenis mempunyai kulit yang tebal dan rasanya masam-masam kelat. Satu jenis lagi mempunyai kulit yang nipis dan kurang masam dan tidak berapa kelat. Buah sentul jenis ini juga dikenali dengan nama buah stia. Bahagian isinya sama sahaja dengan yang berkulit tebal. isi Buah sentul berulas-ulas seakan-akan buah manggis. Isinya melekat pada biji dan tidak akan tertanggal dari bijinya. Kulit buahnya juga dimakan .

Pokok sentul besar dan merupakan antara jenis pokok balak. Sentul membiak menggunakan biji benih. penyebaran biji benih dilakukan oleh haiwan terutamanya burung.

 

KEGUNAAN:

Di Kelantan buah sentul dimakan dengan cara mengupas kulit luarnya. Kemudian buah di cincang sekeliling supaya senang dipecahkan. Buah sentul dimakan dengan budu yang dicampuri dengan gula dan cili api , dikenali dengan nama colek sentul.

Selain daripada itu buah sentul juga dicampuri ke dalam masakan. masakan yang menyelerakan yang dicampuri dengan buah sentul ialah gulai lemak ikan duri dengan buah sentul.

 


Common Name: Sentul
Scientific Name: Sandori koetjape
Other Name: Kecapi
Family: Moraceae
Location: Tumpat Kelantan
Origin: Tumbuhan tempatan


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.