Laici

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Laici
Nama Saintifik: Litchi chinensis
Nama Lain: Lychee
Famili: Sapindaceae
Lokasi Dijumpai:
Asal:: selatan China, selatan Indonesia dan Timur Filipin

KETERANGAN:

Laici merupakan sejenis buah-buahan beriklim sederhana yang berasal daripada selatan China, Selatan Indonesia dan Timur Filipina. Ia merupakan sejenis bua-buahan yang dikategorikan sebagai buah-buahan tropika. Kini laici banyak dijumpai ditanam secara komersial di negara-negara seperti China, India, Madagascar, Nepal, Bangladesh, Pakistan, Taiwan ( bahagian selatan utara Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina, and Afrika selatan. Laici mempunyai rasa yang manis, berair serta banya juga harum.

Pokok laici merupakan sejenis pokok hijau yang rimbun dan mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 meter. Daunnya mempunyai permukaan luar yang berminyak. Bunganya kecil, berwarna putih kekuningan dan berada pada tangkai bunga. Buahnya ketika muda berwarna hijau dan bertukar menjadi merah apabila masak. kulitnya nipis dan mudah dikeluarkan . Isi laici tebal dan berair serta mudah ditanggalkan daripada bijinya. Bijinya mempunyai permukaan kulit yang keras dan strukturnya menyamai biji buah mata kucing.

Jika ditanam daripada biji laici akan berbuah selepas sekitar 7 tahun ditanam. Namun benih laici kahwin mampu mengeluarkan buah selepas kira-kira 3 tahun ditanam.

Laici membiak menggunakan kaedah biji benih dan tut.

 

KEGUNAAN:

Laici merupakan sumber makanan yang penting. Buahnya, selain dimakan bagitu saja , juga dijadikan makanan dalam tin yang dijual diseluruhi dunia.

 


Common Name: Laici
Scientific Name: Litchi chinensis
Other Name: Lychee
Family: Sapindaceae
Location:
Origin: selatan China, selatan Indonesia dan Timur Filipin


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.