Cendawan Susu Rimau

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  lignosus@yahoo.com


Nama Tempatan: Cendawan Susu Rimau
Nama Saintifik: Lignosus rhinocerus
Nama Lain: Cendawan susu harimau, kulat susu rimau.
Famili:
Lokasi Dijumpai: Seluruh Malaysia
Asal::

KETERANGAN:

Cendawan susu rimau atau cendawan susu harimau (Lignosus rhinocerus) merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di muka bumi negara kita. Menurut penceritaan orang asli, cendawan ini dipercayai tumbuh di atas titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya. Ubi (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Kadang-kalanya berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya. Apabila tiba masanya, ianya akan bercambah keluar dan membentuk payung cendawan yang berkembang mekar. Menurut kepercayaan, hanya orang yang bertuah dan dimurahkan rezeki sahaja yang akan menemui cendawan ini.

 

KEGUNAAN:

Cendawan susu rimau mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan. Sejak sekian lamanya, ianya digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Bahagian ubi cendawan susu rimau yang dipercayai mempunyai khasiat perubatan. Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah dara, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan. Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati derman, lelah, ashma, meningkatkan sistem imunologi dan menguatkan kesihatan badan.

 


Common Name: Cendawan Susu Rimau
Scientific Name: Lignosus rhinocerus
Other Name: Cendawan susu harimau, kulat susu rimau.
Family:
Location: Seluruh Malaysia
Origin:


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

http://lignosus.wordpress.com

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.