Buah Mentega

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan:Buah Mentega
Nama Saintifik:Diospyros blancoi
Nama Lain:buah mentega, Butter fruit , Buah margarine, bisbul, mabolo, sembolo (jawa) , velvet apple, mabolo, buah lemak, marit
Famili:Ebenaceae
Lokasi Dijumpai:Tumbuhan tempatan
Asal::Filipina

KETERANGAN:

Buah mentega merupakan antara buah-buahan yang begitu sukar untuk dijumpai hari ini. Ia telah tergolong ke dalam golongan buah-buah nadir yang mula dilupakan oleh generasi masa kini. Ia merupakan pokok yang mempunyai dua jantina, bermakna ada pokok jantan dan pokok betina. Pokok ini boleh membesar sehingga kira-kira 30 meter tingginya dengan diameter sekitar 50 hingga 80 cm. Ia membiak melalui biji benih dan biji benihnya selalunya mengambil masa kira-kira 24 hari untuk bercambah dengan diberikan siraman air yang mencukupi. Ia juga boleh membiak dengan cara pembiakan vegetatif seperti cantuman mata.

KEGUNAAN:

buahnya yang berbau wangi itu sedap dimakan begitu sahaja. Rasanya lemak manis. ia boleh juga dihiris dan dicampuri dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.


Common Name:Buah Mentega
Scientific Name:Diospyros blancoi
Other Name:buah mentega, Butter fruit , Buah margarine, bisbul, mabolo, sembolo (jawa) , velvet apple, mabolo, buah lemak, marit
Family:Ebenaceae
Location:Tumbuhan tempatan
Origin:Filipina


DESCRIPTION:

USAGE:


RUJUKAN / REFERENCES:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.