Bonglai

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Bonglai
Nama Saintifik: Oroxylum indicum dan pajanelia longifolia
Nama Lain: Pokok bolai, bongloi, boli, bikir,kulai, merkulai, merlai , beka, shyonaka , wooden butterfly, mu hu die, broken bone plant, Indian trumpet flowers, midnight horror
Famili: Bignoniaceae
Lokasi Dijumpai: Tepi hutan, tepi jalan dan kampung
Asal:: India

KETERANGAN:

Ramai yang keliru antara bonglai kayu dan bonglai rumpun. Sungguhpun nama kedua-dua tumbuhan ini hampir sama namun ciri kedua-duanya amat berbeza sama sekali. Bonglai merupakan tumbuhan dari kategori pokok dan boleh mencapai ketinggian antara 50-60 kaki. Ia biasa ditanam di pinggir jalan sebagai pokok hiasan dan teduhan. Buah bonglai berbentuk seperti pedang, berbentuk leper dan panjang. Bunga bonglai yang hanya mekar di waktu malam mempunyai bau yang kuat dan dapat menarik perhatian kelawar yang menjadi agen pendebungaannya. Bunganya akan layu dan gugur menjelang pagi. Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar menjadi coklat kehitaman apabila matang . Lebar buahnya 7-10 cm dan panjangnya antara 0.5 hingga 1 meter. Bonglai membiak melalui biji benih dan keratan batang.

 

KEGUNAAN:

Di kampung-kampung buah bonglai yang muda dan daunnya dijadikan sayuran dan ulam sungguhpun rasanya agak pahit sedikit. Pucuknya boleh direbus dan dimakan bersama sambal belacan ataupun dimasak lemak putih. Buahnya yang muda pula boleh dijadikan ulam atau dijadikan kerabu setelah dibakar terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa pahitnya. Masyarakat jawa turut menjadikan bunga bonglai sebagai sayuran.

Bonglai ialah sejenis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam perubatan tradisional. Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka. Kulit kayu bonglai yang direbus boleh digunakan untuk mengubat sakit pinggang, buang angin, buasir, menguruskan badan, lemah jantung, sakit lutut, menambah kesuburan rambut, merawat pening kepala dan jerawat. Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis. Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal di dahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala. Kulit pokok bonglai mengandungi alkaloid, asid tanik, galaktos dan sitosterol. Bonglai digunakan dengan begitu meluas sekali dalam perubatan ayurveda terutamanya untuk mengatasi masalah cirit-birit, rheumatik dan disenteri.

 


Common Name: Bonglai
Scientific Name: Oroxylum indicum dan pajanelia longifolia
Other Name: Pokok bolai, bongloi, boli, bikir,kulai, merkulai, merlai , beka, shyonaka , wooden butterfly, mu hu die, broken bone plant, Indian trumpet flowers, midnight horror
Family: Bignoniaceae
Location: Tepi hutan, tepi jalan dan kampung
Origin: India


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.