Bonglai Putih

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Bonglai Putih
Nama Saintifik: Zingiber cassumunar roxb
Nama Lain: Bola, Zingiber purpureum Roscoe (sinonim) , jengibre colorado, Plai, phai (Thailand) , Cassumunar ginger
Famili: Zingiberaceae
Lokasi Dijumpai: Semak dan belukar kecil
Asal:: Tumbuhan tempatan

KETERANGAN:

Bonglai putih yang nama saintifiknya juga dipanggil sinonim Zingiber purpureum Roscoe, berbeza dengan pokok bonglai merupakan tumbuhan berumpun dari famili halia. Biasa dijumpai di kawasan belukar dan semak terutamanya kawasan kebun getah tumbuhan ini menyukai kawasan yang agak lembab.Bunganya berwarna merah seakan-akan bunga lempoyang. Bunga akan keluar dari celah rumpun dan tumbuh secara menegak. Sama seperti tumbuhan lain dalam keluarga halia ia membiak melalui pecahan rizom dan anak yang terhasil dari jalaran rizomnya.

 

KEGUNAAN:

Bonglai putih digunakan untuk mengubati penyakit seperti resdung, rheumatik dan penyakit kardio-vaskular (jantung) serta sakit kepala. Ia juga merupakan antioksida dan anti radang. Satu kajian yang dijalankan oleh Ozaki Y, Kawahara N, Harada M. Di Tokyo Jepun menunjukkan methanol yang wujud dalam ekstrak bonglai putih menghasilkan 2 ciri iaitu sebagai penahan sakit (analgestik) dan anti radang(anti-inflammatory). Minyak Bonglai yang juga di kenali sebagai plai atau phai di Thailand digunakan dengan meluas sebagai salah satu bahan untuk urutan Thai.

 


Common Name: Bonglai Putih
Scientific Name: Zingiber cassumunar roxb
Other Name: Bola, Zingiber purpureum Roscoe (sinonim) , jengibre colorado, Plai, phai (Thailand) , Cassumunar ginger
Family: Zingiberaceae
Location: Semak dan belukar kecil
Origin: Tumbuhan tempatan


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.