Bebuas

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Bebuas
Nama Saintifik: Premma cordiflora
Nama Lain: Buas-buas , ambong-ambong laut, pecah piring, beruas
Famili: Verbenaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan liar
Asal:: Asia Tenggara

KETERANGAN:

Bebuas ialah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak di tanam di halaman rumah. Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat melayu kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. Selain daripada di makan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu. Bebuas merupakan tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur jika mendapat cahaya matahari dan air yang cukup.

 

KEGUNAAN:

Pokok bebuas terkenal dengan khasiatnya yang dapat membuang angin dalam badan dengan cepat jika dimakan mentah sebagai ulam. Angin dalam badan akan menyebabkan penyakit seperti sakit pinggang, sakit belakang, lenguh-lenguh sendi dan kembung perut. Secara tidak langsung amalan menjadikan pucuk bebuas sebagai ulam dapat membantu mengelakkan masalah tersebut. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu. Untuk masalah kecacingan beberapa helai pucuk bebuas direbus hingga mendidih bersama segelas air, air ini diberikan kepada pesakit sekali sehari. Untuk menambahkan susu ibu, cara yang sama digunakan , Cuma pastikan air rebusan ini diminum pada peringkat awal proses penyusuan dan bukannya setelah susu hampir kering. Air rebusannya juga dapat menghilangkan bau hanyir ikan terutamanya ikan air tawar.Ia juga di katakan dapat mencegah penyakit yang berjangkit melalui udara seperti SARS tapi masih tidak dapat dibuktikan sejauh mana kebenarannya

 


Common Name: Bebuas
Scientific Name: Premma cordiflora
Other Name: Buas-buas , ambong-ambong laut, pecah piring, beruas
Family: Verbenaceae
Location: Tumbuhan liar
Origin: Asia Tenggara


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.