fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Bayam

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Bayam
Nama Saintifik: Amaranthus sp.
Nama Lain: Spinach, Bayam Hijau, Bayam Merah
Famili: Amaranthaceae
Lokasi Gambar: Tanaman sayuran
Asal: Asia Tenggara


    

   

PENGENALAN:

Bayam ialah sejenis sayuran yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia digemari pelbagai golongan masyarakat kerana rasanya yang sedap. Bayam terdiri dari beberapa variasi yang selalunya dibezakan oleh warna daunnya. Jenis yang biasa dijumpai ialah bayam putih (Amaranthus viridis) dan bayam merah (Amaranthus gangeticus Hort). Malah lagenda masyarakat melayu seperti Raja bersiong juga memperkatakan kelazatan bayam yang menjadi santapan harian Raja bersiong.Bayam terdapat dalam dua jenis yang biasa iaitu bayam merah dan bayam hijau. Pembiakannya melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Bayam mempunyai bunga yang sangat kecil terbentuk dalam jambak yang sederhana besar. Bunga terhasil pada ketiak daun dan pucuk. Bunga ini akan menghasilkan biji bayam yang berwarna hitam. Biji bayam akan bercambah selepas 3 hingga 5 hari disemai Daun bayam ada yang berbentuk bujur dan ada yang berdaun bulat , terdapat dalam pelbagai warna campuran seperti hijau dan merah, hijau dan ungu, hijau tua dan hijau muda..Bayam boleh hidup subur ditanah gambut, beris dan tanah bekas lombong yang.mempunyai PH antara 5.5 hingga 6.5. Bayam memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan. Siraman dibuat 2 kali sehari ketika cuaca panas dan dilakukan secara manual atau sistem pengairan renjis. Bayam mula menghasilkan bunga selepas 4 hingga 8 minggu ditanam. Bayam perlu dituai sebelum ia berbunga untuk mendapatkan bayam yang lembut dan tidak liat.

KETERANGAN:

PENANAMAN:

PENJAGAAN:

KEGUNAAN:

Bayam baik untuk kesihatan mata dan membantu mengekalkan kesihatan mata kita. Komposisi zat dalam sayur bayam terdiri dari tenaga(paling banyak),air, protein, lemak, karbohidrat, serabut, abu, kalsium, Fosforus, Besi, Natrium, Kalium, Beta-Karotena, Vitamin B1, Vitamin B2, Niasin, Vitamin C. Bayam juga bagus untuk kesihatan kulit. Jusnya dapat membantu pesakit anemia kerana ia mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Akar bayam juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. Ia direbus lalu disapu pada bahagian yang terlibat. Amalan pemakanan bayam juga dapat menambahkan kandungan susu ibu. Ia disyorkan dijadikan hidangan kepada pesakit yang mengidap demam panas dan masalah ginjal.

KESELAMATAN:

FAKTA MENARIK:

 


Common Name: Bayam
Scientific Name: Amaranthus sp.
Other Name: Spinach, Bayam Hijau, Bayam Merah
Family: Amaranthaceae
Location: Tanaman sayuran
Origin: Asia Tenggara

INTRODUCTION:

DESCRIPTION:

GROWING:

PLANTING:

USAGE / BENEFITS:

SAFETY:

FUN FACTS:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!