Bauhinia

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida Arifin


Nama Tempatan: Bauhinia
Nama Saintifik: Bauhinia kockiana korth/bauhinia coccinea
Nama Lain: Peacock flower
Famili: Leguminosae
Lokasi Dijumpai: Gambar: Penang botanica garden
Asal:: Semenanjung Malaysia

KETERANGAN:

Pokok bunga jenis memanjat yang mempunyai bunga yang cantik ini merupakan tumbuhan hiasan yang berasal dari semenanjung Malaysia. Bunganya yang tersusun dalam bentuk jambak bunga begitu menarik sekali. Apa yang unik, bunganya akan berubah daripada warna kuning muda menjadi lebih terang hingga akhirnya menjadi oren terang semakin lama ia berkembang. Ini menyebabkan sejambak bunga akan mengandungi campuran bunga dari ton warna kuning hingga oren.

Daunnya keras dan mempunyai permukaan daun yang berkilat. Tumbuhan ini memerlukan sokongan. Biasanya ia ditanam sebagai tumbuhan pemanjat pada pergola. Daunnya yang rimbun akan memberikan teduhan yang nyaman. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan air yang secukupnya. Baja diberikan sebulan sekali untuk menggalakkan pembungaannya. Pembiakan yang paling mudah ialah melalui keratan batang. Ia juga boleh membiak melalui biji benih.

 

KEGUNAAN:

Tumbuhan hiasan

 


Common Name: Bauhinia
Scientific Name: Bauhinia kockiana korth/bauhinia coccinea
Other Name: Peacock flower
Family: Leguminosae
Location: Gambar: Penang botanica garden
Origin: Semenanjung Malaysia


DESCRIPTION:

A very decorative climber with bright orange flower native to peninsular Malaysia. Adore full sun and moderate water.

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.