Bangun-Bangun

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Bangun-Bangun
Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus,plectranthus amboinicus, coleus amboinicus
Nama Lain: Ati-ati Hijau , Bebangun, Raja bangun, Tumbuh daun , sedingin, setawar padang, kerencung, mangun-mangun.
Famili: Labiatae
Lokasi Dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam
Asal:: India

KETERANGAN:

Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan hiasan di sekitar kediaman. Ia juga banyak di tanam disekitar laman terutamanya oleh masyarakat India kerana khasiatnya sebagai ubat batuk. Tumbuhan ini juga terkenal dengan nama pokok ubat batuk kerana khasiatnya ini. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai aroma yang menyengat dan menusuk hidung. Aromanya boleh dianggap wangi atau busuk bergantung kepada individu. Baunya dikatakan menyerupai bau jintan hitam. Pucuk mudanya rangup dan sedap dijadikan ulam mentah. Ia juga dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak dan bahan untuk nasi ulam. Kaedah pembiakannya melalui keratan batang dan daun yang mempunyai tangkai daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari. Ia adalah sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

 

KEGUNAAN:

Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh (dimasukkan dalam air panas mendidih dan ditutup selama lebih kurang 3 minit) dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum. Jus segarnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawar gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat. Daun bangun-bangun yang ditumbuk atau di kisar bersama dengan ibu kunyit digunakan dalam perubatan tradisional sebagai penawar sakit atau senak perut.Selain itu pucuk muda yang dijadikan ulam juga menjadi petua awet muda yang diwarisi turun temurun. Ia berfungsi untuk melancarkan pengaliran darah dan membaiki tekstur kulit.

 


Common Name: Bangun-Bangun
Scientific Name: Solenostemon amboinicus,plectranthus amboinicus, coleus amboinicus
Other Name: Ati-ati Hijau , Bebangun, Raja bangun, Tumbuh daun , sedingin, setawar padang, kerencung, mangun-mangun.
Family: Labiatae
Location: Di tanam sebagai rempah dan ulam
Origin: India


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.