Balik Adap

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Balik Adap
Nama Saintifik: Mussaenda villosa wall
Nama Lain: Musa Indah
Famili: Rubiaceae
Lokasi Dijumpai: Disemak-semak dan belukar
Asal:: Tumbuhan tempatan

KETERANGAN:

Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar di tepi jalan. Daunnya terdiri dari campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Daun yang berwarna putih di panggil pengasuh bunga (bract). Bunganya ada yang berwarna oren dan ada yang berwarna putih. Saiz bunganya kecil dan terkumpul dalam satu jambak yang mempunyai banyak bunga kecil. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung. Balik adap ialah sejenis tumbuhan herba memanjat dan ia hidup dengan menjadikan pokok-pokok lain yang lebih tinggi sebagai sokongan. Ini perlu kerana tumbuhan ini memerlukan cahaya matahari yang cukup. Balik adap mudah membiak melalui keratan batang dan juga melalui anak yang akan terhasil dari batangnya yang menjalar di atas tanah.

 

KEGUNAAN:

Selain dari pucuknya yang biasa dijadikan ulam, balik adap juga digunakan sebagai ubat demam kerana daunnya boleh menurunkan suhu badan. Untuk tujuan ini , beberapa helai daunnya yag masih segar, diramas di dalam sebesen kecil air. Air ini digunakan untuk membasahkan kepala dan pelipis pesakit. Kaedah yang digunakan sama seperti kaedah menggunakan daun bunga raya dan daun bunga cina.

 


Common Name: Balik Adap
Scientific Name: Mussaenda villosa wall
Other Name: Musa Indah
Family: Rubiaceae
Location: Disemak-semak dan belukar
Origin: Tumbuhan tempatan


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.