Bakawali

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Bakawali
Nama Saintifik: Epiphyllum anguliger
Nama Lain: Wijayakusuma, ric rac cactus, moon cactus, queen of the night, Bunga raja
Famili: Cactaceae
Lokasi Dijumpai: Tanaman hiasan
Asal::

KETERANGAN:

Tumbuhan dari famili kaktus ini di tanam di Malaysia sebagai tumbuhan hiasan kerana keunikannya. Bunganya yang cantik , selalunya berwarna putih dan berbau wangi hanya akan kembang selepas tengah malam dan akan layu sebelum pagi. Ia akan mekar selama lebih kurang 3 jam dan masyarakat cina mempunyai kepercayaan bahawa jika bunga ini kembang , ia membawa maksud pemiliknya akan mendapat wang atau keuntungan yang banyak. Bakawali mudah membiak melalui keratan batang dan daunnya. Untuk membiakkannya ambil sehelai daunnya dan cucuk ke dalam medium tanaman berupa kompos atau tanah yang boleh menyimpan air. Siram dua kali sehari dan dalam masa kurang dari dua minggu tunas baru akan muncul dari daunnya. Medium yang sesuai untuk bakawali sama seperti medium yang diperlukan oleh orkid iaitu campuran lumut spaghnum dan sedikit pasir. Walaupun begitu ia juga boleh tumbuh di dalam tanah biasa. Ia tidak boleh terdedah pada cahaya matahari yang terlalu terik. Ia dapat hidup dengan subur dan sempurna jika akarnya berada dalam keadaan sesak , oleh itu walaupun pokoknya sudah membesar jangan terlalu cepat dipindahkan dalam pasu yang lebih besar.Penyiraman air yang berlebihan akan menyebabkan akarnya mereput, oleh itu tanah dalam pasu dipastikan kering dahulu sebelum penyiraman dilakukan. Untuk menggalakkan pengeluaran bunga , baja penggalak bunga orkid boleh diberikan. Ia cuma berbunga setahun sekali dalam musim hujan.

 

KEGUNAAN:

Bakawali boleh digunakan untuk merawat luka . Caranya sehelai daun bakawali di tumbuk hingga halus dan disapu pada luka. Ini kerana daun bakawali mempunyai ciri analgesik dan dapat memberhentikan pengaliran darah pada luka. Sesetengah pendapat mengatakan bunga bakawali yang direndam dalam air dan airnya diminum dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun pendapat ini masih tidak di buktikan dengan kajian saintifik dan masih tidak diketahui umum. Air rendaman ini juga dikatakan dapat menaikkan seri wajah jika disapukan pada muka.

 


Common Name: Bakawali
Scientific Name: Epiphyllum anguliger
Other Name: Wijayakusuma, ric rac cactus, moon cactus, queen of the night, Bunga raja
Family: Cactaceae
Location: Tanaman hiasan
Origin:


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.