Ati-Ati

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Nor


Nama Tempatan: Ati-Ati
Nama Saintifik: Coleus blumei
Nama Lain: Nilam, Bangun-Bangun, Ati-Ati
Famili: Labiatae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan tempatan
Asal::

KETERANGAN:

Pokok ati-ati sering digunakan sebagai hiasan kerana warnanya yang pelbagai, antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi. Ia memerlukan air yang agak banyak dan pada musim kemarau ia memerlukan siraman dua kali sehari, pada waktu pagi dan petang untuk mengekalkan kesegarannya. Namun, pastikan air tidak bertakung kerana air yang bertakung akan mengakibatkan akarnya menjadi reput kerana ati-ati memerlukan tanah yang bersaliran baik. Kaedah pembiakannya melalui 2 cara iaitu melalui jalaran akar dan juga keratan batang. Sesetengah ati-ati boleh membiak melalui keratan daun. Ia dapat membiak dan menguasai sesuatu kawasan dengan cepat. Ia memerlukan cahaya matahari yang cukup supaya warna pada daunnya dapat menyerlah. Daunnya mempunyai pangkal bulat dengan hujung meruncing.Terdapat juga spesis yang mempunyai tepi daun dan bergerigis atau kerinting. Ati-ati mengeluarkan bunga kecil dalam bentuk jambak yang tersusun pada tangkai bunga yang panjang, selalunya berwarna putih atau biru. Daun , akar dan batang ati-ati mempunyai kandungan saponin, batangnya dan akarnya pula mengandungi flavanoid. Daun ati-ati juga mempunyai minyak pati.

 

KEGUNAAN:

Daun Ati-ati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampuri dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. selain itu campuran daun hati-hai, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula (terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas (upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada penghidap asma tadi sebelum tidur. daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

Ati-ati yang berwarna warni lebih banyak digunakan sebagai ubat luka atau melecur terkena air panas. Daun Ati-ati juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah haid yang tidak lancar. Daunnya ditumbuk hingga hancur dan dicampur dengan sedikit air. Jus ini diminum selama 3 hari berturut-turut untuk melancarkan perjalanan haid. Selain itu pengambilan ati-ati dengan kaedah ini juga dapat mengatasi masalah keputihan. Ia juga digunakan untuk merawat sakit perut dan pedih ulu hati. Daun ati-ati juga dijadikan penawar untuk demam semasa pantang (demam nifas). Caranya sebanyak lebih kurang 15 g daunnya ditumbuk, atau dijadikan jus dan diminum sekali sehari.

 


Common Name: Ati-Ati
Scientific Name: Coleus blumei
Other Name: Nilam, Bangun-Bangun, Ati-Ati
Family: Labiatae
Location: Tumbuhan tempatan
Origin:


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.