Akar Tarum

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  Noraida


Nama Tempatan: Akar Tarum
Nama Saintifik: Marsdenia tinctoria r. br
Nama Lain: Renggat padi, renggat akar, taroem akar, akar tarum, tarum hutan, pokok nila, payangit
Famili: Apocynaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuh liar disemak dan belukar.
Asal:: Filipina

KETERANGAN:

Terdapat dua jenis tarum iaitu tarum dan akar tarum. Kedua-duanya merupakan dua jenis tumbuhan yang berbeza. Akar tarum ialah sejenis tumbuhan herba memanjat (liana) yang mempunyai batang berkayu . Ia merupakan tumbuhan bukan semusim dan selalunya dapat hidup dalam suatu tempoh yang agak lama. Tarum dan akar tarum digunakan untuk menghasilkan warna indigo pada kain. Akar tarum mempunyai daun yang berbentuk bujur. Bunganya kecil dan berbau harum. Pembuatan kain pua kumbu di Sarawak menggunakan warna ungu tua (indigo) yang dihasilkan dari daun akar tarum. Penggunaanya dalam penghasilan warna ini menyebabkan ianya selalu di tanam di halaman rumah panjang. Akar tarum biasa dijumpai tumbuh liar di hutan dan belukar kecil. Ia menyukai tempat yang agak redup dan lembab.Akar tarum selalunya membiak melalui keratan batang dan biji benih.

 

KEGUNAAN:

Kegunaan utama akar tarum ialah sebagai pewarna pakaian terutamanya dalam proses pembuatan kain pua kumbu di Sarawak. Ia menghasilkan warna indigo yang cantik dan serata.Dalam perubatan tradisional akar tarum digunakan untuk merawat demam dengan cara merebus akarnya dan airnya diminum. Campuran kayu, akar dan daunnya pula digunakan untuk merawat rheumatik dan ederma. Tumbuhan ini tidak boleh digunakan oleh ibu yang mengandung kerana penggunaannya akan menyebabkan keguguran. Di Bangladesh ia digunakan untuk menggugurkan kandungan.

 


Common Name: Akar Tarum
Scientific Name: Marsdenia tinctoria r. br
Other Name: Renggat padi, renggat akar, taroem akar, akar tarum, tarum hutan, pokok nila, payangit
Family: Apocynaceae
Location: Tumbuh liar disemak dan belukar.
Origin: Filipina


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.