Akar Pisang / Bunga Pisang-Pisang

 

 

Kembali ke Direktori Tumbuhan 

Oleh / By:  NORAIDA ARIFIN


Nama Tempatan: Akar Pisang / Bunga Pisang-Pisang
Nama Saintifik: Desmos chinensis lour
Nama Lain: Akar kenanga, kenanga hutan, kenanga bangkok, akar pisang-pisang,

pepisang, merpisang, pisang-pisang buku, tepang, pagar anak, akar sugi-sugi, akar sesugi,

akar singga, sekenchong, sempoh barok, akar miriam, jari ayam, akar

darah, Rungus, giring-giring, Dwarf ylang-ylang shrub

Famili: Annonaceae
Lokasi Dijumpai: Tumbuhan hiasan di Halaman
Asal:: Asia Tenggara

KETERANGAN:

Tumbuhan ini biasa ditanam menghiasi halaman terutamanya di kawasan perkampungan Melayu di Malaysia. Bunganya menyerupai bunga kenanga dengan bau yang sangat harum dan manis seperti bau pisang bunga atau pisang berangan yang masak ranum. Ia berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi hijau kekuningan apabila matang. Merupakan sejenis tumbuhan memanjat, ia biasanya dijadikan tumbuhan untuk gerbang atau pergola. Ia
boleh membiak dengan dua cara iaitu keratan batang (biasanya kaedah grafting atau tut lebih berjaya) dan melalui biji benih. Buahnya berbentuk gugusan buah yang dipegang oleh satu tangkai buah. Buahnya berbentuk lonjong dengan bahagian hujung yang meruncing. Lapisan isinya lembut dan agak nipis dengan saiz biji yang hampir menyamai saiz buah.

 

KEGUNAAN:

Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah akarnya yang digunakan

untuk mengubati batuk dan lelah dengan cara minum air rebusan akarnya. Selebihnya bunganya

banyak digunakan dan dipercayai mempunyai kesan yang menenangkan kerana baunya yang harum

 


Common Name: Akar Pisang / Bunga Pisang-Pisang
Scientific Name: Desmos chinensis lour
Other Name: Akar kenanga, kenanga hutan, kenanga bangkok, akar pisang-pisang,

pepisang, merpisang, pisang-pisang buku, tepang, pagar anak, akar sugi-sugi, akar sesugi,

akar singga, sekenchong, sempoh barok, akar miriam, jari ayam, akar

darah, Rungus, giring-giring, Dwarf ylang-ylang shrub

Family: Annonaceae
Location: Tumbuhan hiasan di Halaman
Origin: Asia Tenggara


DESCRIPTION:

 

USAGE:

 


RUJUKAN / REFERENCES:

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.