Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

TM lepaskan konsesi operasi, penyelenggaraan Menara KL bagi tumpukan perniagaan teras

| 2022-12-29 17:19:49 | www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) menjelaskan bahawa Menara KL (MKL) adalah milik kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu dijalankan secara konsesi.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata TM melalui anak syarikat milik penuhnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), telah melaksanakan konsesi itu sejak 1996.

Walau bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM mahu menumpukan usaha dan sumber bagi mengukuhkan perniagaan teras iaitu telekomunikasi dan teknologi.

Oleh itu, selepas pertimbangan yang sewajarnya mengenai perubahan sifat perniagaan Menara KL  daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM pada Oktober 2021 memutuskan untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan memaklumkan kepada kerajaan.

Berikutan itu pada 2022, proses pemilihan untuk pemegang konsesi baharu telah diambil oleh kerajaan. TM telah dimaklumkan tentang syarikat yang dilantik bagi mengambil alih saham-saham MKLSB dan konsesi MKL.

MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan menara itu terus menarik pengunjung.

Pekerja akan bekerja dengan MKLSB di bawah syarikat konsesi baharu selama sekurang-kurangnya tiga tahun untuk melindungi kebajikan mereka semasa peralihan tersebut.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa rujukan telah dibuat berhubung perubahan dalam pegangan saham MKLSB pada pengumuman kewangan suku ketiga TM kepada Bursa Malaysia.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!