Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Tiada laporan kelas prasekolah tak cukup di Perak: Exco

SAIFULLAH AHMAD | 2023-01-04 14:22:00 | www.sinarharian.com.my

Khairudin menyampaikan ucapan ketika Program Bual Bicara Bersama Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Khairudin menyampaikan ucapan ketika Program Bual Bicara Bersama Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

IPOH – Kerajaan negeri Perak tidak menerima sebarang laporan berhubung kekurangan kelas prasekolah di negeri ini seperti yang berlaku di beberapa kawasan bandar di negeri lain.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah berkata, melihat kepada keadaan itu pihaknya beranggapan isu berkenaan bukanlah sesuatu yang serius di negeri ini.

Jelasnya, jumlah bilangan prasekolah yang sedia ada di Perak masih mampu menampung jumlah murid-murid yang ingin memasuki kelas prasekolah disediakan kerajaan.

“Saya masih tak dapat apa-apa info berkaitan dengan kekurangan kelas prasekolah di Perak ini, tapi kita faham bahawa apabila berada di kawasan bandar, kepesatan penduduk cukup tinggi.

“Mungkin ruang dan peluang untuk anak-anak ini mendapat pendidikan awal di prasekolah ini perlu dipertingkatkan, cuma di negeri Perak saya belum dapat butiran-butiran maklumat mengenai isu berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Bual Bicara Bersama Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Khairudin berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Sinar Harian mengenai kelas prasekolah yang tidak mencukupi khususnya di kawasan bandar.

Keadaan itu juga menyebabkan golongan B40 dan M40 terbeban kerana terpaksa menyediakan yuran tahunan sebanyak RM2,000 seorang anak termasuk bayaran bulanan sebanyak RM600 bagi menghantar anak mereka ke taman didikan kanak-kanak (tadika) swasta.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam respon terhadap isu berkenaan memaklumkan bahawa kementeriannya sedang mengkaji keperluan untuk menambah kelas prasekolah dan tadika kendalian kerajaan khususnya di kawasan bandar.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!