fbpx
Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Tepus Batik

Alpinia zerumbet variegata

Nama lain halia cengkerang, Shell ginger,pink porcelain lily, variegated ginger, butterfly ginger. Tumbuhan asal kawasan tropika . Dipanggil halia cengkerang kerana bentuk bunganya yang menyerupai cengkerang. Bunganya berwarna merah jambu dan berbau wangi.

Alpinia zerumbet ialah jenis berumpun dan mempunyai isi (halia). Sesuai ditanam di kawasan tanah yang berkelembapan tinggi. Sesuai juga dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana corak daunnya yang cantik. Jarang mengeluarkan bunga pada tahun pertama ditanam. Selepas setahun bunganya yang berwarna merah jambu akan mula terhasil.

Tumbuhan ini membiak melalui rizom dan biji benih. Daunnya digunakan untuk membalut sejenis makanan tradisional cina yang dipanggil zongzi. Di Jepun pula ia dikenali dengan nama getto atau sannin (okinawan) . Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh herba, digunakan sebagai perisa dalam masakan mee, juga dijadikan pembalut mochi dari nasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!