Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Tapak perkhemahan di Johor ditutup sementara

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI | 2022-12-17 16:00:00 | www.sinarharian.com.my

K Raven Kumar. - Foto MIC

K Raven Kumar. – Foto MIC

JOHOR BAHRU – Kesemua kawasan perkhemahan melibatkan kawasan tanah tinggi, pinggir sungai dan laut di negeri bakal ditutup buat sementara susulan keadaan cuaca tidak menentu.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K Raven Kumar berkata, penutupan berkenaan dibuat dalam usaha memastikan keselamatan di semua tapak perkhemahan berkenaan terjamin.

“Semua tapak perkhemahan ini akan diarahkan untuk tutup buat sementara waktu.

“Lagi pun, penutupan ini kita buat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Raven Kumar berkata demikian bagi mengulas berhubung insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan awam berhampiran Father Organic Farm, Batang Kali di sini pada awal pagi Jumaat lalu.

Mengulas berhubung kerja-kerja pemantauan terhadap cerun-cerun di tanah tinggi di negeri ini, Raven Kumar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Isnin sebelum mengumumkan sebarang keputusan kelak.

“Isnin ini, kita akan adakan mesyuarat mengenai perkara ini dan sebarang perkara (keputusan) kita akan umumkan kelak,”

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!