Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Tanah runtuh: Raja Permaisuri Agong harap semua pihak bersabar

| 2022-12-18 20:55:30 | www.bernama.com

BATANG KALI, 18 Dis (Bernama) — Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini.

Tunku Azizah tiba pada 4.10 petang dengan diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah dan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. 

Seri Paduka kemudian meluangkan masa kira-kira 40 minit mendengar taklimat daripada pasukan keselamatan di pusat operasi SAR berhubung tragedi yang setakat ini telah mengorbankan 24 nyawa.

Tunku Azizah yang berkenan bertemu dengan media selepas itu, menitahkan semua pihak terutama keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi berkenaan supaya terus bersabar.

Baginda bertitah, semua anggota SAR, kini sedang melakukan usaha terbaik bagi mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Sejurus selepas itu, Baginda berkenan mencemar duli meninjau sendiri lokasi kejadian dan melihat kerja-kerja SAR yang sedang dilakukan walaupun dalam keadaan hujan renyai sambil diberikan penerangan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis. 

Operasi SAR di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, kini memasuki hari ketiga dengan setakat ini 24 mangsa disahkan meninggal dunia, 61 selamat dan sembilan masih hilang.

— BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!