Posted on Leave a comment

Bunga Santalia atau Sedap malam

Santalia merupakan sejenis bunga berbau wangi dari keluarga Solanaceae. Nama lain bagi bunga ini ialah sedap malam, night-blooming jessamine, night-blooming jasmine, night-blooming cestrum , raatrani . Ia merupakan tumbuhan yang berasal dari India Barat Tetapi kini telah beradaptasi dengan jayanya sebagai tumbuhan tempata di kawasan Asia Tenggara. Santalia merupakan sejenis tumbuhan pendek, dengan batang berkayu yang kecil dan panjang. Jika tidak dipangkas pokok ini memerlukan sokongan untuk berdiri kerana batangnya yang kecil. Saiz matang pokok ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter. Jika ditanam didalam pasu iala hendaklah selalu dipangkas untuk mengekalkan kerimbunan dan saiznya.

Bunganya berwarna putih kekuningan, kecil dan berada dalam satu tangkai yang membentuk jambak. Bau yang sangat wangi disebarkan ke persekitaran terutamanya pada waktu malam. Ia banyak dijadikan tumbuhan hiasan deperkarangan rumah kerana baunya yang wangi dan bunganya yang banyak. Santialia boleh dibiakkan dengan keratan batang dan biji benih.

Beli di Lazada:
https://www.lazada.com.my/…/cestrum-nocturnum-sapling-anak-…