Posted on Leave a comment

Tithonia diversifolia (Pokok insulin) vs Smallanthus sonchifolius (Pokok yakon)

Beberapa lama juga saya keliru dengan dua jenis pokok ini. Bentuk daun, bentuk bunga dan warna bunganya memang hampir sama. Cuma yang membezakannya pokok insulin, atau dikenali juga dengan nama pokok Paitan tidak mempunyai ubi. Manakala Pokok Yakon pula ditanam kerana ubinya. Banyak artikel dan posting yang dijumpai di internet memberikan rujukan nama botani pokok insulin sebagai smallanthus sonchifolus (nama botani pokok Yakon) menambahkan lagi kekeliruan. Dibawah adalah penerangan mengenai kedua-dua pokok yang kelihatan sama tetapi sebenarnya sangat berbeza.

Pokok Insulin / Paitan

Anak pokok Insulin/Paitan (T.diversifolia)
Anak pokok Insulin/Paitan (T.diversifolia)
Bunga T.diversifolia
Bunga T.diversifolia

Merupakan spesis tumbuhan berbunga dalam keluarga bunga matahari. Ia juga dikenali dengan nama tree marigold, mexican sunflower, japanese sunflower, nitobe chrysanthemum. Ia berasal dari Mexico dan Amerika tengah, tetapi telah beradaptasi dengan jayanya sehingga boleh tumbuh sebagai tumbuhan liar di sesetengah kawasan tropikal. Tumbuhan ini tumbuh dan membiak dengan cepatnya. Ia sesuai digunakan sebagai tumbuhan untuk meningkatkan kesuburan tanah di kawasan tanah yang tidak mempunyai nutrien. Pokok ini ditebas dan dijadikan kompos menggantikan baja yang mahal. Ia merupakan baja hijau yang terbukti berkesan meningkatkan hasil pertanian. Lebih subur dari baja tinja lembu

Di Jepun pokok ini pernah diimport untuk dijadikan tumbuhan hiasan. Daunnya mempunyai rasa yang sangat pahit. Jadi ia digunakan untuk mengubati demam dan mengurangkan kean keracunan makanan. Di Jepun ia diperkenalkan oleh seorang yang bernama Nitobe Inazo kerana itu di Jepun ia dikenali sebagai Inobe chrysanthemum. Di Taiwan pokok ini dijual sebagai ubat herba. Di Wilayah Mae Hong Song Thailand, bunga ini dijadikan bunga rasmi. Ia juga merupakan simbol tidak rasmi untuk sebuah bandar bernama Da Lat di Vietnam.

Di Malaysia ia popular dengan nama panggilan pokok insulin kerana keberkesanannya mengawal penyakit diabetis.

Pokok Yakon

Daun yakon (S. sonchifolius)
Daun yakon (S. sonchifolius)
Bunga S. sonchifolius
Bunga S. sonchifolius

Pokok yakon atau ubi yakon merupakan sejenis tumbuhan spesis bunga daisi jenis bukan semusim. Ia menghasilkan ubi yang boleh dimakan. Ubinya terasa manis kerana kehadiran inulin (bukan insulin).Dikenali juga dengan nama epal tanah ,yakon merupakan sejenis ubi yang boleh dimakan segar seperti buah.

Yakon tidak sesuai ditanam diiklim tropika. Ia sesuai tumbuh dikawasan yang sejuk dengan sedikit salji seperti di Katmandu, nepal, bahagian selatan Australia dan New Zealand. Ia mula diperkenalkan di Asia oleh negara Jepun dan mula ditanam di negara-negara seperti Korea Selatan, China dan Filipina. Ia merupakan tumbuhan makanan bernutrisi tinggi dan boleh dijadikan makanan suplement untuk kesihatan tubuh badan. Daun Yakon juga dijadikan teh untuk mengawal diabetes.

ubi yakon yang dijual dipasaran
ubi yakon yang dijual dipasaran

Ubi Yakon sangat berkhasiat, Ia membantu dalam penghadaman dan sistem gastro manusia, Kandungan fruktooligosakarida yang terdapat dalam ubinya terbina daripada fruktos. Jadi ianya susah terurai dan dapat melalui sistem pencernaan manusia tanpa proses metabolisme. Kalorinya sangat rendah. tambahan pula kesan probiotik yang terdapat pada fruktooligosakarida dapat dimanafaatkan oleh bakteria yang terdapat dalam usus manusia.Yakon juga digunakan untuk upacara keagamaan oleh penganut katolik pada zaman kolonial.

Ditulis oleh Noraida Arifin untuk https://melur.com

Penafian:

Maklumat ini disiarkan adalah untuk pengetahuan am dan tujuan pembelajaran semata-mata. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Anda disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang persediaan herba. Melur.com ialah sebuah laman web persendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan, organisasi atau e-group.

Download aplikasi android melur.com di :https://play.google.com/store/apps/details…

Pembelian produk melur.com boleh dibuat di :

1. website : https://melur.com

2. lazada : https://lazada.com.my/shop/melurcom

3. shopee: https://shopee.com.my/anoraida

4. Kota Bharu site : https://goo.gl/maps/V2v5zgYj51w

5. Kota Tinggi site : https://goo.gl/maps/JpRgPnzgctDoQiDi8

Pembelian pokok paitan melalui wasap boleh dibuat diwasap.my/601162931005/paitan_insulin