Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Sukma 2024: Kontinjen Melaka perlu RM5 juta

Sinar Harian | 2022-12-15 13:32:00 | www.sinarharian.com.my

MELAKA – Kontinjen Melaka memerlukan RM5 juta dalam memastikan persiapan awal menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang dijangka akan berlangsung di Johor pada 2024.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, peruntukan tersebut membabitkan elaun jurulatih, atlet, pembelian peralatan, sewa tempat latihan, pengangkutan serta pelbagai lagi perbelanjaan.

“Sebenarnya permohonan ini agak tinggi namun untuk makluman Majlis Sukan Negeri (MSN), kami bekerja mengikut peruntukan yang ada atau apa sahaja sumber yang kami peroleh.

“Jadi peruntukan ini bertujuan memastikan pencapaian diharapkan daripada setiap atlet yang mengambil bahagian dan meneruskan kecemerlangan seperti sebelum ini,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di sini pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) sama ada kerajaan mempunyai peruntukan khusus bagi menghadapi Sukma 2024 nanti.

Katanya, kontinjen Melaka mempamerkan prestasi membanggakan apabila memperoleh 17 emas, 11 perak dan 23 gangsa dengan kedudukan keseluruhan di tangga ke-11 pada Sukma ke-20 di Kuala Lumpur baru-baru ini, menerusi 31 acara dipertandingkan.

“Untuk Sukma kali ini (2024), kita menyasarkan 20 emas melalui beberapa acara termasuk wushu, badminton dan renang,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan, Shanmugam berkata, kerajaan negeri akan menyediakan senarai panjang atlet bawah 21 tahun berpotensi dikumpul melalui semua persatuan sukan di negeri berkenaan bagi memastikan bakat-bakat yang ada tidak terlepas di tangan kontijen negeri lain.

“Kita tidak mahu jadi seperti sebelum ini iaitu atlet yang tidak dimasukkan ke dalam senarai, disambar oleh negeri lain. Sedangkan kita mempunyai ramai atlet dan pemain terbaik yang boleh memenangi pingat emas, malah atlet yang dipinjamkan (ke negeri lain) pun mampu meraih pingat,” katanya.

Ujar beliau, selain senarai tersebut, persediaan secara berterusan juga akan dilakukan termasuk mencungkil bakat baharu menerusi kejohanan kecil yang diadakan di setiap peringkat.

“Untuk memastikan Melaka mampu bersaing dengan negeri-negeri lain, kita mahu persatuan memantau pemain-pemain yang bertanding dalam kejohanan kecil untuk kelayakan dimasukkan ke dalam senarai.

“Selain itu, fasiliti dan infrastruktur atlet juga perlu dipantau, bukan hanya padang atau gelanggang utama tetapi merangkumi padang di taman perumahan atau di kampung-kampung…mungkin tidak perlu dinaik taraf tetapi pastikan ia diselenggara selalu,” katanya. – Bernama

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!