Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

Sudah 2023 ada lagi sikap ‘sampah’

ADILA SHARINNI WAHID | 2023-01-01 11:49:00 | www.sinarharian.com.my

Sampah yang dibuang di tepi tong sampah di Kampung Perupok, Bachok. - Foto Ihsan Mohd Nazri Ismail

Sampah yang dibuang di tepi tong sampah di Kampung Perupok, Bachok. – Foto Ihsan Mohd Nazri Ismail

BACHOK – Memasuki hari pertama tahun baharu 2023 masih ada individu bersikap mentaliti kelas ketiga dengan membuang sampah di luar tong yang disediakan di Kampung Perupok di sini pada Ahad.

Pemandangan menyakitkan mata itu tersaji seawal jam 8 pagi menyebabkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

Penduduk, Mohd Nazri Ismail, 50, berkata, empat tong sampah setiap satu bersaiz 1,000 liter disediakan di kawasan itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kegunaan awam terutama penduduk sekitar.

“Pagi tadi dua daripada empat tong itu berisi sampah dan kedua-dua belum penuh manakala dua lagi tong adalah kosong.

“Namun menyedihkan kerana ada pula yang buang sampah di tepi tong dan bukannya ke dalam tong sampah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Menurutnya, sampah di kawasan itu dikutip oleh PBT pada setiap hari dan tidak ada alasan untuk penduduk tidak membuang sampah dengan cara yang betul.

Dalam pada itu, pengunjung di pusat pelancongan terkenal Pantai Irama Bachok yang terletak berdekatan dengan Perupok turut menzahirkan dukacita dengan perkara itu dan mengharapkan perubahan sikap segera dalam kalangan pendudul.

Datin Norhani Affandi yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNKK) berkata, PRNKK bersedia untuk bekerjasama dengan pihak PBT dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap penting menjaga kebersihan.

“Kalau nampak sikap begini, saya tegur dan bantu kutip buang dalam tong. Sikap sambil lewa terhadap kebersihan ini tidak boleh dibiar berterusan kerana berisiko mengundang penyakit.

“Program kebersihan pula dicadangkan untuk dilaksanakan secara berkala dan bersepadu antara agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya lebih berkesan secara berpanjangan,” katanya.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!