Soalan Lazim

Pertanyaan Umum Mengenai Produk & Servis Kami.

Sekiranya anda ada soalan, berkemungkinan jawapannya ada di sini. Sekiranya anda masih tidak mendapat jawapan yang diperlukan, bolehlah menghubungi kami melalui telefon / SMS/ Whatsapp melalui nombor di atas.

Adakah pokok yang dihantar menggunakan kurier boleh selamat sampai?

Kami sentiasa memastikan pokok dalam keadaan sihat sebelum dibungkus. Semasa membungkus, kami juga akan pastikan pokok dibungkus dengan baik oleh pekerja kami yang terlatih.

Bagaimana cara penghantaran pokok dilakukan?

Kami bungkus pokok didalam kotak dan dilengkapi dengan ciri keselamatan supaya pokok tidak akan bergerak dan patah ketika dalam penghantaran.

Adakah pokok akan selamat dan tidak kering semasa penghantaran?

Kami akan pastikan pokok yang akan dihantar diberikan air yang cukup supaya tahan dalam tempoh penghantaran antara 3-7 hari. Jika melebihi tempoh tersebut kerana masalah kurier, pembeli diminta menghubungi kami dengan segera sebaik sahaja menerima pokok tersebut. Gambar dan video boleh disertakan sebagai bukti kerosakan. Gambar atau video perlu dihantar dalam masa 24 jam dari tarikh penerimaan.

Apa yang harus dilakukan apabila menerima penghantaran tumbuhan?

Buka kotak sebaik sahaja diterima. Siram pokok dan letakkan ditempat teduh selama sekurang-kurangnya seminggu. Jangan terus tanam ke tanah atau letak pada cahaya matahari yang terik. Jika pokok terlalu layu, buka plastik yang membalut pasu atau polibag, letakkan pasu dalam tray air dan biarkan sehingga pokok menjadi segar semula.Buang daun yang kering.Alihkan dari tray apabila pucuk baru muncul.

Saya tidak pernah membuat pembelian secara online ?

Anda boleh menghubungi agen pembelian menerusi Whatsapp kami. Mereka akan membantu anda membuat pesanan menerusi laman web.

Pokok / herba yang saya perlukan tiada di dalam katalog MelurDotCom.

Anda boleh menghubungi kami di mana-mana nombor yang dinyatakan di laman web ini. Beritahu kami jenis pokok yang diperlukan, kami akan menghubungi anda kembali. Kami ada banyak lagi tumbuhan yang belum dikatalogkan dan berkemungkinan ianya ada.

Adakah lokasi MelurDotCom terletak di Melur, Kelantan?

Tidak. MelurDotCom BUKAN berada di Melur, Kelantan. Lokasi kami ialah di RTC Tunjung, Kota Bharu Kelantan dan Kota Tinggi, Johor.

Agen-agen kami sedia membantu!
WeCreativez WhatsApp Support
General Inquiry
Support
Available
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Zarina
Available
WeCreativez WhatsApp Support
Agen Order Whatsapp
Nor
Available