Your Cart

CONTACT: (+6019) 477 9004

DAILY SHIPMENT

‘Sistem perlindungan sosial baharu sedang dibincangkan’

MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | 2023-01-02 00:16:00 | www.sinarharian.com.my

Salahuddin - Foto Bernama

Salahuddin – Foto Bernama

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bahawa kementeriannya sedang melaksanakan perbincangan bagi program ‘Sistem Perlindungan Sosial Baharu’ di dalam negara.

Beliau berkata, proses yang masih di peringkat perbincangan itu dilakukan bersama tokoh ekonomi universiti utama tempatan yang bersedia menyumbang kepakaran mereka dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurutnya, itu merupakan antara sembilan langkah dilaksanakannya dalam tempoh sebulan selepas beliau menjawat jawatan tersebut.

Antara tindakan lain diambil beliau adalah mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri minyak sawit dan simen serta melancarkan Ops Terjah selama satu bulan bagi tujuan mengawal kestabilan bekalan dan harga barangan keperluan asas.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kementeriannya turut mengatur perancangan program baharu KPDN iaitu Bakul Rahmah melalui perbincangan bersama pemain industri seperti 99 Speedmart, Mydin, NSK dan Giant.

“Program baru ‘Rezeki Suri’ juga telah dicadangkan bersama, semasa libat urus dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia Kementerian sedang meneliti pelaksanaannya dalam kadar segera,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Salahuddin berkata, memandangkan KPDN tdak bersendirian dalam mendepani agenda besar menangani isu kos sara hidup, sesi kerjasama juga dijalankan di peringkat tertinggi kementerian lain iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Ekonomi.

Katanya, Sekretariat Tetap rentas kementerian juga telah diputuskan bagi melaksanakan segala dasar dan strategi kementerian yang terlibat dengan agenda kos sara hidup.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh tersebut, kementeriannya juga menggerakkan serta-merta program FoodBank bagi membantu membekalkan makanan segera bagi pasukan barisan hadapan dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan banjir besar di Kelantan, Terengganu serta Johor.

Tambah Salahuddin, beliau juga telah melakukan aktiviti turun padang ke beberapa premis perniagaan bagi melihat sendiri isu kekurangan barangan bersubsidi seperti telur ayam dan minyak masak tulen.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penghantaran Segera

Penghantaran harian

Katalog Pokok Terbesar

Lebih 400 jenis pokok

Mesra Pelanggan

Maklumbalas segera

Pembayaran Selamat 100%

FPX / MasterCard / Visa

WeCreativez WhatsApp Support
Tanya melalui WhatsApp!